Resepi Mudah Bak Kut Teh Guna Daging Lembu & Kambing

Resepi Bak Kut Teh Daging Lembu

Resepi Mudah Bak Kut Teh Guna Daging Lembu & Kambing

Bak Kut Teh adalah sejenis hidangan sup yang dimasak dengan herba tradisional Cina berserta dengan daging rusuk. Nama hidangan itu berasal dari dialek Hokkien, iaitu “Bak” yang bermaksud daging, Kut pula adalah tulang dan “Teh” iaitu teh.

Mudahnya, menu ini adalah masakan daging dan tulang yang direbus dengan sup herba Cina. Ia sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi ataupun untuk makan tengahari.

Kali ini, kami ingin berkongsi resepi Bak Kut Teh yang menggunakan bahan asas daging dan tulang lembu kepada anda semua. Resepi ini diambil daripada perkongsian asal yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dengan akaun bernama @soyabelacan.

@soyabelacan

Replying to @yuriz2010 Resipi Halal Bak Kut Teh ni sudah famous di kalangan kawan mualaf Aisha. Satu hari satu sis mualaf buat open house ada halal bak kut teh, kawan Chinese Muslim pergi terkejut rasa bak kut teh ni boleh rasa sama mcm guna 🐷 Sbb serious, lepas jadi Muslim, byk kedai yg kata halal pun xde rasa yg dulu. Tapi dia kata dia guna resipi mcm ni je. So Aisha pun belajar dan try. Mmg sesedap mcm dulu! Thank You Nur Aisha Lee bagi resipi. 😍 @tplfreshmeatsmy #TPLFreshmeats #freshmeats #TPLBangsar #chinesehalalfood #chinesefood #chineserecipe #chineserecipes #chinesemuslimfood #chinesemuslim #makanan #resipitiktok #resipi #kambing #cny #cny2023 #mutton #muttonlovers #bakkutteh #bakkuttehhalal #halalbakuteh #halalbakkutteh

♬ カタコト – sloppy dim

Untuk maklumat tambahan, @soyabelacan merupakan seorang wanita berbangsa Cina dan beragama Islam. Menerusi platform TikTok, dia kerap berkongsi resepi-resepi halal masakan Cina yang boleh dicuba oleh orang ramai.

Cara- cara penyediaan

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daging rusuk lembu, cendawan, herba Cina, 2 labu bawang putih, cendawan shitake, sos tiram, kicap cair, kicap manis dan tofu goreng.

1) Bagi yang tidak mahu menggunakan daging lembu, boleh gantikan dengan daging kambing. Namun, pastikan anda memilih daging kambing bertulang.

2) Seterusnya, bersihkan daging daripada kotoran seperti darah dan rebus.

3) Masukkan 1.25 air ke dalam periuk dan masukkan 2 labu bawang putih, cendawan shitake yang telah direndam dan herba. Seterusnya, masukkan daging yang anda rebus tadi.

4) Apabila air mula mendidih, tutup penutup periuk dan biarkan selama dua jam.

5) Kemudian masukkan kicap cair, kicap manis dan sos tiram 3 sudu.

6) Akhir sekali, letakkan sayur-sayuran seperti tauhu, fucuk, cendawan enoki, atau apa sahaja yang anda suka.

Mudah je kan cara penyediaan Bak Kut Teh ini. Jadi kepada anda yang ingin mencuba resepi ini, anda juga boleh tonton video TikTok yang kami sertakan dalam artikel sebagai rujukan.

Selamat mencuba. Dah siap nanti jangan lupa kongsi okay.

BACA: PM Kongsi Rupa & Maksud Logo Malaysia Madani

Sumber: Tiktok @soyabelacan 

The post Resepi Mudah Bak Kut Teh Guna Daging Lembu & Kambing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*