Tugasan Di Eropah Dah Selesai, Saya Sudah Menang Segalanya Di Sana – Ronaldo

Tugasan Di Eropah Dah Selesai, Saya Sudah Menang Segalanya Di Sana – Ronaldo

Penyerang terbaru kelab Al-Nassr, Cristiano Ronaldo tegaskan mahu dilayan sama rata seperti rakan pasukannya selepas sah menandatangani kontrak bersama kelab itu pada Jumaat yang lalu.

Menurut laporan Fox News, Ronaldo telah mula menjalani latihan di Mrsool Park Stadium di Riyadh, Arab Saudi pada hari ini sambil dilihat oleh orang ramai yang gembira dengan berita perpindahan pemain sensasi itu.

Ronaldo dilaporkan telah menandatangani kontrak USD75 juta (RM330 juta) bagi setiap musim dalam tempoh dua tahun setengah akan datang bersama Al-Nassr.

Perpindahan itu dibuat selepas Ronaldo bertindak menamatkan kontraknya bersama Manchester United bulan lepas.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kelab Al-Nassr telah membuat pengumuman perpindahan itu pada hari Jumaat lalu menerusi sidang akhbar alu-aluan rasmi Ronaldo pada hari Selasa.

“Setakat ini saya berasa sangat baik. Saya sangat berbangga untuk membuat keputusan besar ini dalam hidup saya, dalam karier bola sepak saya,” kata Ronaldo.

Ronaldo juga memberitahu bahawa zaman untuk dia bermain di Eropah telah lengkap.

“Seperti yang anda nyatakan sebelum ini, tugasan saya di Eropah sudah selesai. Saya sudah memenangi segala-galanya di sana. Saya sudah bermain untuk kelab yang penting di Eropah dan bagi saya sekarang adalah cabaran bersama dengan pasukan Asia pertama saya.

“Saya bersyukur Al-Nassr telah memberi saya peluang ini,” kata Ronaldo lagi.

Tambah Ronaldo lagi, terdapat beberapa pasukan di seluruh dunia telah menelefonnya selepas kontraknya bersama MU sudah hampir tamat.

“Saya boleh katakan sekarang bahawa banyak peluang muncul di Eropah, Brazil, Australia, Amerika Syarikat dan juga Portugal, tetapi saya telah memilih kelab ini,” jelas Ronaldo.

Menurut Presiden kelab Al-Nassr, Musalli Al Muammar, Ronaldo tidak mahu sebarang layanan istimewa diberi kepadanya.

“Ronaldo meminta semasa rundingan untuk dilayan seperti rakan sepasukan yang lain, dari segi ganjaran mahupun peraturan kelab,” kata Musalli.

Dengan sembilan kejuaraan liga, Al-Nassr adalah antara kelab paling berjaya di Asia.

Sumber: Fox News

The post Tugasan Di Eropah Dah Selesai, Saya Sudah Menang Segalanya Di Sana – Ronaldo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*