Kes Bunuh Tawau: Tujuh Individu Termasuk Enam Anggota Polis Akan Didakwa

anggota polis didakwa

Kes Bunuh Tawau: Tujuh Individu Termasuk Enam Anggota Polis Didakwa

KOTA KINABALU, 8 Feb (Bernama)Tujuh suspek terdiri enam anggota polis dan satu orang awam akan dituduh di Mahkamah Majistret Tawau petang ini melibatkan kes pembunuhan seorang lelaki pada 13 Jan lepas di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihak polis telah melengkapkan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan lengkap telah dimajukan ke Pejabat Peguam Negara semalam.

“Semua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

BACA: Kes Bunuh Di Tawau Bermotif Cemburu – Polis

Beliau berkata seramai lapan anggota polis dan tiga orang awam telah ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pada 31 Jan lepas, Idris ketika memberitahu perkembangan semasa kes itu dilapor berkata kes bunuh itu bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Sehari sebelumnya, seorang penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 dan 9 malam, 13 Jan lepas.

Empat Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun, Cabul Di Tanah Merah

Pada bulan lalu, empat anggota polis di Kelantan masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul di Tanah Merah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua suspek yang berusia 22 hingga 28 tahun itu ditahan oleh pasukannya pada 29 Dis lepas dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Polis telah menjalankan tangkapan ke atas semua suspek yang akan direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 395/354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Muhamad Zaki berkata ujian saringan air kencing kesemua suspek juga didapati negatif dadah.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Kes Bunuh Tawau: Tujuh Individu Termasuk Enam Anggota Polis Akan Didakwa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*