Tular Anjing Di Turkiye Dirakam Menyalak Pelik, Seakan Beri Amaran Gempa Bumi Bakal Melanda

anjing di turkiye

Tular Anjing Di Turkiye Dirakam Menyalak Pelik, Seakan Beri Amaran Gempa Bumi Bakal Melanda

Tular di media sosial berkenaan sebuah video didakwa menunjukkan seekor anjing jalanan menyalak pelik seakan memberi amaran sebelum kejadian gempa bumi kuat melanda bandar Gaziantep, Turkiye pada pagi Ahad lalu.

Video yang dimuat naik oleh sebuah akaun bernama @straybeautiful di TikTok telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik itu, anjing jalanan tersebut dilihat telah menyalak dengan sayu selama lapan kali.

Anjing tersebut dikatakan seakan memberi amaran bahawa gempa kuat berukuran 7.8 magnitud bakal melanda di negara Turkiye berkenaan pada Ahad, 5 Februari lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Dia cuba untuk memberi amaran bahaya yang bakal mendatang!” tulis video perkongsian tersebut.

“Ini adalah anugerah yang diberi tuhan kepada manusia dan kita patut untuk menghargainya.” sambung video itu lagi.

@straybeautiful

🆘PLEASE PRAY FOR THE SAFETY AND WELL BEING OF OUR STRAYS AND OUR PARTNER SAVIORS🙏 #AnimalWelfare #SupportAnimalRescue #HelpAnimals #SaveTheAnimals #AnimalProtection #AnimalLivesMatter #AnimalRights #EndAnimalCruelty #SaveTheAnimals #SupportAnimalRescue #RescuePets #dogsoftiktok #dog #turkeyearthquake #cats #dogsofttiktok

♬ original sound – Stray Beautiful

Selain itu, terdapat sebuah lagi video yang menunjukkan sekumpulan burung berkicauan sebelum kejadian gempa kuat yang berlaku telah tular di Twitter.

Berdasarkan video berkenaan, dapat dilihat sekumpulan burung tersebut sedang terbang dan berkicauan seperti tidak tenang sebelum kejadian gempa kuat melanda di negara tersebut.

Kalau ikut logik, kejadian yang berlaku pada pagi Ahad lalu tidak mungkin untuk sekumpulan burung berkenaan berkicauan kuat apabila waktu itu sepatutnya untuk mereka tidur dan berehat.

Gempa kuat yang melanda negara teluk itu sehingga kini dianggarkan melebihi 2,700 orang mangsa.

Terdahulu Siakap Keli ada melaporkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria semalam boleh meningkat melebihi 2,600 orang.

Pegawai Kecemasan Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Eropah), Catherine Smallwood sewaktu memaklumkan kepada AFP memberi amaran bahawa jumlah tersebut berkemungkinan meningkat sebanyak lapan kali ganda dari angka awal.

“Terdapat potensi berlakunya keruntuhan berterusan. Jadi kami meramalkan kebarangkalian itu. Kami sentiasa peka dengan gempa bumi.

“Laporan awal mendedahkan bilangan mangsa atau orang yang tercedera akan meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya,” katanya.

Sejak gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud dikesan melanda berhampiran bandar Gaziantep di Turki. Jumlah korban telah meningkat dengan pantas malah menghampiri angka 2,700.

Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 4.17 pagi waktu tempatan semalam pada kedalaman kira-kira 18 kilometer (11 batu) di dalam laut.

Sementara itu, Ahli Seismologi dari Kajian Geologi Denmark dan Greenland, Tine Larsen memaklumkan gegaran itu turut dirasai sehingga di pantai timur Greenland.

Sumber: TikTok, Twitter

The post Tular Anjing Di Turkiye Dirakam Menyalak Pelik, Seakan Beri Amaran Gempa Bumi Bakal Melanda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*