Ubat Antiviral Baharu Dari China Dilapor Berkesan Bendung Gejala Covid-19

Ubat Antiviral Baharu Dari China

Ubat Antiviral Baharu Dari China Dilapor Berkesan Bendung Gejala Covid-19

Pil antiviral China yang baharu dikatakan berkesan digunakan sebagai alternatif merawat Covid-19 selain ubat jenis oral Paxlovid, lapor CNA.

Keputusan Klinikal yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine pada hari Rabu, 28 Disember menunjukkan bahawa VV116 sama berkesan dengan Paxlovid dalam membendung Covid-19.

Ubat itu dilaporkan mampu merawat gejala ringan hingga sederhana bagi virus Covid-19 pada orang dewasa yang berisiko daripada menjadi bertambah teruk.

Percubaan Fasa 3 yang dilakukan di China itu melibatkan seramai 822 peserta dan mendedahkan bahawa pesakit yang positif Covid-19 selepas mengambil VV116 akan pulih selepas empat hari. Manakala mereka yang mengambil Paxlovid pula pulih selepas hari kelima.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kajian itu juga menyimpulkan bahawa peserta yang mengambil VV116 sehingga pemulihan klinikal mereka daripada Covid-19 mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit.

Walau bagaimanapun, keberkesanan ubat baharu untuk ujian klinikal pemulihan, penyelesaian gejala dan pencegahan Covid-19 masih tidak diketahui berbanding dengan Paxlovid. Profil keselamatan bagi VV116 juga masih belum dinilai sepenuhnya lagi.

Keputusan kajian itu diperolehi semasa keadaan jangkitan melonjak di seluruh China selepas pengumuman Beijing dalam pelonggaran dasar sifar Covid mereka.

Hospital di China berada di bawah tekanan selepas ramai warganegara tersebut dijangkiti Covid-19, dengan negara itu mengalami kekurangan ubat khusus dalam merawat virus itu.

Paxlovid kekurangan bekalan di seluruh China dan syarikat Pfizer berkata pada 13 Disember bahawa mereka sedang berusaha untuk menambah baik bekalan bagi “memastikan akses yang mencukupi kepada ubat itu sewaktu kes meningkat di negara tersebut”.

Sumber: CNA 

The post Ubat Antiviral Baharu Dari China Dilapor Berkesan Bendung Gejala Covid-19 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*