“Terima Kasih Jiwa Baik,” Ibu Bapa Bayi Naail Luah Penghargaan

Ibu Bapa Naail Terima Kasih

“Terima Kasih Jiwa Baik,” Ibu Bapa Bayi Naail Luah Penghargaan

Ibu bapa mana yang tidak terharu apabila menyaksikan sendiri sebahagian besar masyarakat menghulurkan bantuan kepada anak mereka yang sedang berperang dengan penyakit yang dihidapi.

Ibu Bapa Naail  Ucap Terima Kasih

Wan Aslam Zakaria dan isterinya, Raihan Amin terharu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terlibat dalam  sumbangan untuk anak mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu perkongsian video di TikTok @babynaail_journey hari ini selepas berjaya mengumpulkan dana RM9 juta kepada anaknya, Wan Muhammad Naail Wan Aslam, 10 bulan, yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.

“Tujuan kami buat video pada hari ini adalah untuk luahkan rasa terima kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang kempen Naail ini daripada awal sehingga akhir.

“Terutamanya saya tujukan kepada Misi Rakyat dan juga pihak SMA Malaysia dalam membantu kami menjayakan sumbangan dana untuk Naail.. Alhamdulillah,” ujarnya.

Jelas Wan dalam klip berdurasi tiga minit 14 saat itu, mereka sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan.

“Dan juga kepada NGO-NGO (badan bukan kerajaan) dan platform-platform lain kami ucapkan ribuan terima kasih ke atas usaha kalian dalam membantu dana,” kata bapa kepada Naail.

Sokongan Ahli Keluarga

Dalam pada itu, pasangan itu turut tidak melupakan sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga terdekat dalam sumbangan dana tersebut.

“Buat keluarga kami, ibu, ayah, mama, abah serta adik-beradik kami serta ahli keluarga besar yang terus-menerus berkempen,” katanya

Mengulas lebih lanjut, Wan memaklumkan mereka merupakan tunjang kekuatan mereka dalam apa jua keadaan termasuk dari segi emosi.

“Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kalian,” katanya.

BACA JUGA: Sumbangan RM9 Juta Buat Bayi Naail Berjaya Dikumpul

Ucapan itu turut dilontarkan kepada rakan-rakan seperjuangan termasuk orang yang tidak dikenali yang menjayakan kempen berkenaan.

“Dan juga kepada orang tidak mengenali kami, kalian sanggup menderma kepada anak kami. Ini adalah satu usaha yang sangat baik yang menyatukan seluruh rakyat dalam sama-sama membantu anak kami,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, pasangan itu mendoakan kebaikan rakyat terbalas dan berharap Naail membesar dalam keadaan sihat.

Kutipan Dana Lebih RM 9 Juta

Terdahulu, kejayaan kutipan dana itu turut dilaporkan oleh Bernama kelmarin. Difahamkan, dana berkenaan telah dilancarkan menerusi Misi Rakyat sejak 13 April lalu.

Ia bertujuan bagi bayi berkenaan menerima suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai AS$2.1 juta (RM9.28 juta) untuk sekali seumur hidup.

Suntikan diperlukan bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu.

Sumber: TikTok @babynaail_journey 

The post “Terima Kasih Jiwa Baik,” Ibu Bapa Bayi Naail Luah Penghargaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*