Umum Bersara, Zaquan Adha Dah Dapat Tawaran Kerja Baharu

zaquan adha tawaran baharu

Umum Bersara, Zaquan Adha Dah Dapat Tawaran Kerja Baharu

Pemain bola sepak negara,  Zaquan Adha Abdul Radzak sudah mendapat tawaran kerja baharu selepas mengumumkan untuk bersara dari dunia bola sepak, lapor Sinar Harian.

Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh penyerang berusia 37 tahun itu menerusi laman Instagram miliknya (@zaqone_08) pada hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, beliau telah memuat naik sebuah video pendek dengan berlatar belakang lagu nyanyian Maher Zain, Good Day.

Video pendek berkenaan menunjukkan beliau sedang menandatangi sebuah kontrak bersama seorang wanita di sebuah premis.

BACA: Amri Yahya Umum Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

“Di antara hikmah tertutupnya satu pintu rezeki, maka akan terbuka pintu rezeki lainnya.

“Jika ALLAH (dengan hikmahNya) berkehendak menutup salah satu jalan rezeki mu, Dia pasti (dengan rahmatNya) membuka jalan lain yang lebih bermanfaat bagimu,” tulisnya dengan memetik kata-kata ulamak tersohor, Ibnul Qayyim rahimahullah.

Walau bagaimanapun, beliau masih belum mendedahkan apa yang termaktub dalam tawaran tersebut seperti hala tuju dan peranan terbarunya.

Zaquan Adha umum berita persaraan dengan linangan air mata

Semalam, bekas kapten Harimau Malaya itu telah mengucapkan selamat tinggal terhadap dunia bola sepak tempatan selepas berkhidmat hampir 20 tahun dalam Liga Malaysia.

Namun begitu, ini bukanlah penamat yang diharapkan pemain tersebut, susulan berita kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung.

Zaquan mendakwa bahawa dirinya hanya diutuskan sekeping surat memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak dilanjutkan.

Beliau telah menceritakan keadaan tersebut dalam keadaan penuh kehibaan ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak.” Zaquan berkata dalam sesi temu bual itu dengan nada sedih.

Beliau turut menjelaskan bahawa dirinya merancang untuk mengakhiri karier bola sepak bersama Negari Sembilan, yang menjadi titik permulaan bagi kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

BACA: Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Sumber: Sinar Harian

The post Umum Bersara, Zaquan Adha Dah Dapat Tawaran Kerja Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*