Umur dah 38 tahun tapi masih tak kahwin, pemuda pasrah ditarik ibu ke hospital psikiatri

Apabila umur semakin meningkat maka makin keraplah ibu bapa menyoal mengenai jodoh atau bila akan melansungkan perkahwinan.

Buat lelaki di China ini, dia terpaksa bersetuju untuk di bawa ke hospital psikatri oleh ibunya.

Alasannya hanya kerana dia tidak pernah membawa teman wanita ke majlis perayaan Tahun Baru Cina.

Bermula sejak 2020, keluarganya telah membuat satu tradisi aneh dimana ibunya akan membawa pemuda itu berjumpa pakar psikatri.

Wang, 38 tahun dibawa ibunya pada 4 Februari lalu ke Hospital Psikiatri Wilayah Henan lapor South China Morning Press.

Bagaimanapun doktor memaklumkan bahawa anaknya itu tidak sakit.

Tetapi menyatakan bahawa yang mempunyai masalah sebenarnya adalah si ibu kerana kerap memaksa anak berkahwin.

Dalam temu bual dengan The Beijing News, Wang berkata dia telah bekerja di Beijing selama lebih sedekad.

“Saya tidak sepatutnya dikenal pasti sebagai orang yang belum berkahwin. Saya sangat sibuk dan belum bertemu orang yang betul.

“Ibu saya tidak boleh tidur kerana saya belum berkahwin, jadi saya berasa agak kecewa.”

Wang pada masa memaklumkan masih tidak menyimpan duit yang cukup untuk bayaran muka rumah di Beijing, jadi dia yakin tiada wanita yang mahu berkahwin dengannya.

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*