Kereta Terbakar Selepas Langgar Pembahagi Tol, Pemandu Maut

kereta terbakar langgar tol

Kereta Terbakar Selepas Langgar Pembahagi Tol, Pemandu Maut

IPOH, 15 Okt (Bernama) — Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan jam 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

BACA JUGA: Kereta Jatuh Ke Dalam Cerun & Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: BERNAMA

The post Kereta Terbakar Selepas Langgar Pembahagi Tol, Pemandu Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*