Upacara angkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka esok

KOTA KINABALU – Satu upacara angkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka akan diadakan esok.

Ia dipercayai berikutan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai rombakan Kabinet negeri sebelum ini.

Difahamkan, upacara itu akan berlangsung pada pukul 9 pagi esok di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi dan senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah jawatan.

Terdahulu, timbul beberapa andaian berhubung rombakan yang dilakukan Hajiji berikutan pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan UMNO Sabah menarik sokongan ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Difahamkan, beberapa ADUN UMNO kekal memegang jawatan, iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya serta Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib.

Malahan ada kemungkinan juga lima ADUN UMNO yang menyokong Hajiji bakal mendapat jawatan baharu dalam Kabinet negeri. -KOSMO! ONLINE.

The post Upacara angkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka esok appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*