Wan Ahmad Dahlan Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Baharu

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Wan Ahmad Dahlan Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Baharu

Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa pada 9 Januari 2024.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa pada 9 Januari 2024,” katanya.

Menurutnya lagi, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Tambahnya lagi, pelantikan dilakukan berdasarkan pengalaman Wan Ahmad Dahlan yang luas dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Gambar: Facebook Tan Sri Dato Seri Zuki Ali

Difahamkan, Wan Ahmad Dahlan, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun sejak menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995.

BACA: Wan Suraya Dilantik Ketua Audit Negara Baharu

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki oleh Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan, beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Di akhir kenyataan, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kerajaan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri Dr. Zulkapli Mohamed atas segala khidmat bakti sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA sebelum ini.

Sumber: Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali

The post Wan Ahmad Dahlan Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*