Wan Ahmad Fayhsal Tidak Pertahan Jawatan Ketua ARMADA, Intai Antara Jawatan Tertinggi Bersatu

fayhsal armada jawatan tertinggi bersatu

Wan Ahmad Fayhsal Tidak Pertahan Jawatan Ketua ARMADA, Intai Antara Jawatan Tertinggi Bersatu

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Bersatu yang akan datang, sebaliknya bakal merebut jawatan di peringkat tertinggi Bersatu.

Ahli Parlimen Machang itu berkata keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira usianya yang kini telah melepasi had usia untuk keahlian sayap belia Bersatu itu, seperti tertakluk dalam peraturan Armada.

“Sebagai seorang yang berumur 36 tahun, saya sudah pun melebihi had umur yang sah sebagai ahli Armada.

“Saya akan beralih ke jawatan lebih tinggi, apa jawatannya tidak akan saya umumkan hari ini, tapi yang pasti saya akan bertanding ke jawatan lebih tinggi,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2022, di sini hari ini.

Difahamkan pemilihan peringkat pusat Bersatu akan berlangsung pada November tahun ini manakala peringkat bahagian pula pada bulan Oktober 2023 dan cawangan pada Julai 2023.

Mengulas mengenai penglibatan Armada pada Pilihan Raya Negeri nanti, Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau telah pun mencadangkan beberapa calon daripada Armada untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.

BACA: PRN: Selangor Bincang Dengan Lima Negeri Lain Bubar Dun Serentak

“Buat masa sekarang kita sudah ada (nama calon) tapi itu hanya cadangan, kerusi kita belum tahu lagi berapa yang dipersetujui di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan masih dalam peringkat rundingan lagi.

“Saya boleh cakap memang akan ada calon sekurang-kurangnya satu calon Armada di setiap negeri kerana itu adalah tradisi,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau berpuas hati dengan peningkatan penyertaan ahli Armada pada tahun 2022 iaitu seramai 11,637 keahlian baharu atau peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding tahun 2021.

“Prestasi ini perlu konsisten kerana melalui penambahan ahli-ahli, lebih banyak bakat baharu dapat menyumbang dalam memastikan parti ini kekal relevan,” katanya.

BACA: “Kuasa Menteri Tidak Boleh Disalahguna”, Respon Hannah Selepas ARMADA Mintanya Campur Tangan

Sumber: Bernama

The post Wan Ahmad Fayhsal Tidak Pertahan Jawatan Ketua ARMADA, Intai Antara Jawatan Tertinggi Bersatu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*