Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

wanita terselamat diterkam buaya

Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

Seorang wanita di Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat dilaporkan diterkam buaya ketika mengambil air di sungai, lapor Detik.com.

Wanita berusia 38 tahun itu yang merupakan pekerja kelapa sawit dilaporkan terselamat walaupun mengalami luka gigitan di beberapa bahagian badannya.

“Mangsa adalah pekerja kelapa sawit dari Nusa Tenggara Timur (NTT). Saat itu dia sedang mengambil air untuk menyembur racun di sungai,” kata Ketua Polis Daerah Ketapang AKBP Tommy Ferdian.

Kredit TikTok

Insiden itu terjadi di kawasan sebuah perusahaan kelapa sawit di Desa Air Hitam Besar, Kabupaten Kendawangan pada pagi Khamis 27 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa telah diterkam oleh buaya dan kemudiannya diseret ke dalam sungai berdekatan.

“Memang dipinggirnya juga terdapat semak belukar. Sebaik sahaja orang berkenaan sampai ke tebing sungai untuk mengisi tangkinya, buaya itu segera menerkam. Apabila mangsa diterkam, dia terus diseret ke dalam sungai,” jelas Tommy lagi.

Kredit TikTok

Rakan sekerja mangsa turut cuba membantu mangsa yang kesakitan

Menurut Tommy lagi, rakan sekerja mangsa turut cuba membantu selepas mendengar jeritan mangsa. Proses menyelamat mangsa dikatakan berlangsung selama sejam.

“Memang agak lama diheret buaya itu, tetapi ada rakan mangsa di situ yang segera membantu. Operasi menyelamat kira-kira satu jam. Rakan-rakan mangsa yang cuba menyelamatkan juga takut dan berhati-hati,” tambah Tommy.

Selepas diselamatkan, mangsa dibawa ke klinik syarikat dan beberapa kesan gigitan telah dikesan di seluruh badan mangsa.

BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat

“Memang kecederaannya agak teruk terutama di kaki kiri dan kanan, betis, peha dan belakang. Selepas diselamatkan, mangsa terus dibawa ke klinik syarikat sawit itu,” kata Tommy.

Ekoran mengalami kecederaan yang serius, mangsa kemudiannya dirujuk ke hospital (RS) kerana kecederaan tersebut perlu dirawat secara lebih intensif.

Mangsa juga dikhuatiri dijangkiti kuman akibat daripada gigitan buaya tersebut.

“Sekarang dirawat di Hospital Imanuddin. Mangsa yang terselamat sedang dirawat di unit rawatan rapi kerana takut dijangkiti kuman akibat gigitan buaya,” akhiri Tommy kepada Detik.

@edi_sempoii.2

#edisempoi88 #sahabatedisempoi88 #fypシ sangat mengerikan😭

♬ bunyi asal – edi_sempoi.2 – edi_sempoi.2⭕💫

Sumber: Detik.com

The post Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*