Wanita Hamil Mengidam Bau Tayar Motosikal, Ramai Ibu Dapat “Relate”

wanita hamil mengidam tayar motosikal

Wanita Hamil Mengidam Bau Tayar Motosikal, Ramai Ibu Dapat “Relate”

Secara lazimnya, wanita akan mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal apabila berbadan dua.

Hal ini disebabkan faktor saiz badan yang semakin membesar serta perubahan hormon secara mendadak.

Antara perkara yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung adalah seperti peningkatan berat badan, sembelit, morning sickness dan sebagainya.

Salah satu perkara yang sering berlaku pada wanita mengandung iaitu mengidam, yang mana si ibu ingin menjamah sesuatu makanan dan sebagainya.

Kita biasanya mendengar kisah ibu mengandung mengidam untuk memakan buah-buahan atau makanan tertentu.

Namun, ada juga wanita yang mengidam untuk melakukan perkara yang diluar kebiasaan.

Misalnya seorang ibu hamil ini mengidam untuk menghidu bau tayar motosikal.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh wanita berkenaan menerusi akaun Tiktok, WIFE ASHRAF HAIKAL (@mimiaina1).

Menerusi video yang berdurasi 14 saat itu, dia dilihat asyik menghidu bau tayar baharu yang masih berbalut.

“Kenapa orang mengandung mengidam benda pelik,” soal wanita tersebut.

Rupanya ramai lagi yang mengidam benda pelik-pelik sewaktu hamil

Perkongsian yang dibuat oleh Mimi pantas menarik perhatian warga maya.

Hantaran yang dimuat naik itu telah meraih lebih 600k jumlah tontonan, 42k likes dan 1.4k komen dari pengguna TikTok.

Menerusi ruangan komen, rupanya ramai lagi yang mengidam benda-benda yang pelik ketika mengandung.

Pengalaman tersebut sudah semestinya mengundang rasa lucu dalam kalangan warga maya, khususnya kepada mereka yang pernah melaluinya.

“Okay lagi tu. Dulu masa mengandungkan anak kedua, mengidam nak duduk dalam lokap,” kongsi pengguna @bxbxxeeee. 

“Masa mengandung dulu, suka sangat bau baju suami lepas balik kerja. Bau dekat bahagian ketiak,” tulis lagi seorang pengguna.

“Hahaha, saya pulak sekarang suka bau almari-almari lama, syahdu ooo,” komen pengguna @nurizz1234. 

@mimiaina1

#fyp

♬ nenekku pahlawanku by Zenpreset – Zen5EMBE

BACA: Gaji Lagi Lumayan, Pensyarah IPTS Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura

Bagaimana pula dengan anda, pernah tak melalui fasa mengidam yang bukan-bukan semasa menghamilkan cahaya mata?

Sumber: @mimiaina1 via TikTok

The post Wanita Hamil Mengidam Bau Tayar Motosikal, Ramai Ibu Dapat “Relate” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*