Wanita Kongsi Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli Dengan Mudah

tips hanyir ikan keli

Wanita Kongsi Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli Dengan Mudah

Ikan keli merupakan spesies ikan yang paling disukai oleh masyarakat Malaysia, susulan ia mudah untuk didapati lebih-lebih lagi jika kawasan itu mempunyai air tawar.

Selain menjadikan ia sebagai sajian, cara mudah untuk menghidangkannya adalah dengan menggoreng ikan tersebut kemudian makan dengan nasi panas, pasit memikat selera.

Pun begitu, sekiranya tidak disiang dengan baik, bau hanyir itu pasti akan melekat walaupun ikan tersebut telah siap digoreng.

Menerusi perkongsian Afy Al habibi di Facebook, dia berkongsi cara untuk menghilangkan bau hanyir itu menggunakan cara siang yang betul.

Tips siang dan hilangkan bau hanyir ikan keli

Pertama sekali, potong di bahagian tengah iaitu perut dan bersihkan lemak serta darah beku yang ada.

Buang semua darah beku yang ada di bahagian tengah itu.

Langkah seterusnya adalah untuk membuang lebihan darah beku yang tersorok.

Bahagian ini agak rumit kerana orang selalu terlepas pandang. Sebenarnya ada satu lagi bahagian yang mempunyai darah beku.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Bahagian tersebut terletak di hujung kiri dan kanan. Gunting sedikit di bahagian yang ditunjukkan seperti di dalam gambar dan buang lebihan darah itu.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Kalau nak tahu, bahagian itu adalah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan.

Kemudian, basuh ikan keli dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah yang melekat di badannya.

Cara untuk menghilangkan bau hanyir secara keseluruhan adalah untuk rendam dengan tepung gandum.

Masukkan dua sudu besar tepung gandum di dalam air, gaul rata dan biarkan seketika.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Selepas itu, cuci ikan tersebut sehingga bersih.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Tips ikan keli rangup

Dalam pada itu, dia turut berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan ikan keli yang rangup serta ikan tidak berlipat semasa menggoreng.

Jelasnya, cara yang perlu dilakukan adalah menggelar badan kelar yang rapat. 

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Untuk memastikan ikan keli tersebut tidak mengeluarkan letupan kecil semasa menggoreng, ikan tersebut perlulah dilumur dengan tepung gandum.

Caranya ialah lumur nipis guna tepung gandum kepada ikan keli yang telah disalut serbuk kunyit.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Sebelum menggoreng, masukkan dua keping asam di dalam minyak panas dan letak ikan tersebut, kemudian tunggu sehingga masak.

Kredit: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

Gunakan tips yang diberikan ini untuk mendapatkan ikan keli yang rangup dan juga tidak berlipat. Selamat mencuba.

Sumber: Afy Al Habibi via Masak Apa Hari Ni (MAHI)/Facebook

BACA: Ngeri, Wanita Nyaris Telan Mata Kail Dalam Lauk Ikan Keli

The post Wanita Kongsi Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli Dengan Mudah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*