“Sudah-sudahlah Berpolitik, Sekarang Masa Bekerja” – Fadhlina Sidek

sekarang masa bekerja fadhlina

“Sudah-sudahlah Berpolitik, Sekarang Masa Bekerja” – Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Dr Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak agar berhenti berpolitik sebaliknya fokus kepada kerja pasca Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Fadhlina, sekarang bukan waktu yang sesuai untuk berpolitik memandangkan PRN juga telah berlalu beberapa hari lalu.

Katanya, sekarang adalah masa untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi dan memberikan perhatian penuh kepada kerja.

“Sekarang masa bekerja, saya bagi satu pantun boleh?

“Tek tek tek, ja ja ja. Sudah-sudahlah berpolitik sekarang masa bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu politik ketika majlis pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Dewan Kompleks Seri Bintang di Kuala Lumpur hari ini.

Guru adalah agen perpaduan, pupuk semangat cintakan negara di sekolah

Dalam pada itu, Fadhlina berkata warga pendidik memainkan penting bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan generasi muda.

Beliau berkata guru adalah agen dalam usaha menerapkan semangat perpaduan kepada anak muda, bermula di bangku sekolah.

“Guru adalah agen perpaduan … kita boleh lihat bagaimana guru menyampaikan hasrat, impian dan tekad bagaimana perpaduan patut dilaksanakan di sekolah,” katanya.

Program itu diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam diri murid sekolah dan menjadikannya sebahagian daripada sikap dan tingkah laku mereka bagi mengukuhkan semangat jati diri serta semangat cintakan negara.

Selain itu, Fadhlina berkata Kelab Rukun Negara akan diperluaskan di semua sekolah termasuk sekolah swasta bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Kelab ini akan menjadi peneraju perpaduan di sekolah-sekolah… Kita akan buat perluasan. Makluman akan diberikan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan memastikan program perpaduan berjalan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.

Pada masa ini, terdapat 6,849 Kelab Rukun Negara di seluruh negara.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang turut hadir pada program tersebut berkata kabinet telah meluluskan sebuah memorandum agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh, bermula dengan mukhadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.

“Cita-cita kita untuk Rukun Negara dilafaz dengan penuh dimulakan dengan cita-cita atau mukhadimah sebelum dicakan lima prinsip Rukun Negara.

“…Itu yang kita nak kerana penghayatannya amat penting. Kalau kita baca prinsip sahaja, mungkin it’s a bit sketchy,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post “Sudah-sudahlah Berpolitik, Sekarang Masa Bekerja” – Fadhlina Sidek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*