Wanita Terkejut, Akaun Bank ‘Tiba-tiba’ Tertera Baki Lebih RM404 Juta

Terkejut Ada RM400 Juta Dalam Akaun Bank, Pengguna Bank Kongsi Kisah Dapat 'Durian Runtuh'

Terkejut Ada RM400 Juta Dalam Akaun Bank, Pengguna Bank Kongsi Kisah Dapat ‘Durian Runtuh’

Seorang pengguna bank di Malaysia dikejutkan apabila mendapati akaun banknya tiba-tiba menunjukkan baki simpanan melebihi RM400 juta

Kejadian luar biasa itu dikongsikan oleh pengarah dan Pengasas bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah melalui LinkedIn.

Berdasarkan satu tangkap layar yang menjadi tular, baki yang dinyatakan dalam akaun banknya adalah berjumlah RM404,040,404. 40.

Walau bagaimanapun, Hafidzah berkata adalah mustahil untuk beliau menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata.

‘Durian runtuh’ berupa RM400 juta yang hadir dalam akaun bank itu sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah kepada pengguna

Namun, situasi berkenaan sebenarnya mendatangkan banyak masalah kepada wanita berkenaan.

Menurut Hafidzah, akaun banknya disekat dan beliau tidak dimaklumkan sebelum tindakan itu diambil. Susulan itu, beliau terpaksa menempuh pelbagai proses untuk mendapatkan semula akaunnya.

“Saya menghargai pengalaman anda (merujuk bank tersebut) berikan sebagai satu momen yang sukar untuk dilupakan, tetapi saya rasa masalah ini agak keterlaluan.

“Anda fikir saya dapat loteri, bukan? Tidak sebenarnya, ia merupakan glitch (gangguan),” katanya.

Realiti ‘durian runtuh’ tidak seindah seperti disangka

Tambah wanita itu, beliau terpaksa pergi ke cawangan bank tersebut yang berdekatan dengan kawasannya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya lagi, beliau terpaksa berdepan dengan kesulitan selama tiga hari sebelum masalah tersebut dapat diselesaikan.

Malah, beliau juga menganggap kejadian tersebut yang berlaku ketika hari gaji sebagai satu situasi yang tidak kelakar.

Susulan perkongsian tersebut, salah seorang wakil daripada bank berkenaan kemudian meninggalkan komen pada perkongsian Hafidzah dan berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, menurut Sinar Harian, bank berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan masalah berkenaan sudah pun berjaya diselesaikan.

BACA: Mikroplastik: Sampah Kini Jadi Sebahagian Daripada Tubuh Kita

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Terkejut, Akaun Bank ‘Tiba-tiba’ Tertera Baki Lebih RM404 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*