Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah

sabri yunus angeline tan resepsi

Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah

Pasangan sejoli, Sabri Yunus dan Angeline Tan telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di studio Gegar pada hari ini.

Walaupun majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan, namun sambutannya cukup meriah dalam kalangan tetamu-tetamu yang hadir.

Difahamkan, pasangan tersebut hanya ingin mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan bersifat sederhana.

Malah, Sabri Yunus mengatakan bahawa mereka berdua tidak merancang untuk duduk di atas pelamin ketika mengadakan majlis tersebut.

Sungguhpun begitu, beliau menganggap perancangan orang lain terhadap dirinya lebih baik dan menjadikan majlisnya lebih meriah.

“Ini mungkin kali pertama (menundingkan jarinya kepada Angeline Tan) naik pelamin Melayu,”

Ketika majlis berlangsung, kedua-dua pasangan pengantin baharu ini telah menerima banyak kejutan daripada pelbagai pihaknya.

Jelas Sabri, beliau telah dikejutkan dengan kehadiran persembahan silat dan rakan-rakan baiknya. Perkara yang paling mengejutkannya adalah kehadiran Datuk M.Nasir dan isterinya, Datin Marlia.

Dalam majlis tersebut, mereka hadir sambil membawa pulut kuning yang tertulis ‘Raikan Cinta, Wan Ismail Golok (tanda hati) Lucy’.

Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini ternyata merasa amat terharu dengan kejutan tersebut dan dilihat menitiskan air mata ketika berpelukan dengan Datin Marlia.

@gegar.my

Wahh istimewa tadi kejutan di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan . Momen yang takkan dilupakan hari ini #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

“Pi Mai Pi Mai Tang Tu Akhirnya Berakhir Di Jenjang Pelamin,” kata pengerusi majlis

Datin Marlia difahamkan telah berkawan rapat dengan kedua-dua pelakon ikonik dalam siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu selama 30 tahun.

Sepanjang 30 tahun persahabatannya, Datin Marlia yang juga dikenali dengan watak Ana dalam siri tersebut mengatakan bahawa beliau antara orang terawal yang mengetahui perancangan pernikahan tersebut.

“Sebenarnya, saya dah lama usik-usik abang Sabri, usik-usik Angeline, Mungkin antara doa-doa yang diangkat adalah doa saya.

“Saya diberitahu pada Jumaat petang menerusi Whatsapp, abang Sabri berkata bawa dia akan ke Perlis untuk melangsungkan perkahwinan,” jelas Datin Marlia.

Katanya lagi, walaupun perkahwinan tersebut mengejutkan semua pihak tetapi ia patut diraikan bersama-sama.

@gegar.my

Datin Marlia antara orang terawal yang tahu Sabri Yunus & Angeline Tan akan bernikah. Tak tahan simpan rahsia kenangan terindah ni #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Dalam majlis berkenaan, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan daripada Dato’ M. Nasir. Malah, hadirin juga turut tidak melepaskan peluang untuk bernyanyi bersama-sama dengan penghibur tersohor tanah air itu.

@gegar.my

Meriah majlis resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Datuk M.Nasir nyanyi lagu Meraikan Cinta #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

@gegar.my

Hari yang bersejarah di GEGAR @cahayaasmawi & Datuk M.Nasir nyanyi lagu lejen gais Lagu Jiwa Lagu Cinta di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Dalam satu video lain pula, Datin Marlia juga dirakam merenjis air mawar ke tangan pengantin sewaktu bersanding di atas pelamin.

@gegar.my

Upacara merenjis dari keluarga Astro Radio dan Datuk M.Nasir & Datin Marlia di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

Pengantin lelaki, Sabri Yunus turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dan memohon semua mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Beliau juga berharap urusan isterinya dipermudahkan, khususnya dalam menghayati kehidupan sebagai mualaf.

@gegar.my

Paling terkejut bila Datuk M.Nasir & Datin Marlia datang beri kejutan 😍🤍 #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

BACA: Vape & Bendera Negara Lain Yang Tiada Kaitan Dilarang Bawa Masuk Ke Stadium Malam Ini

Sumber: gegar via TikTok

The post Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*