Elak Kontraktor Lesap Lepas Buat Bayaran, Ketahui “Red Flags” Sebelum Nak Bina Rumah

kontraktor lesap bina rumah

Elak Kontraktor Lesap Lepas Buat Bayaran, Ketahui “Red Flags” Sebelum Nak Bina Rumah

Setiap daripada kita sudah tentu memasang impian untuk memiliki sebuah rumah idaman pada masa akan datang.

Ada memilih untuk tinggal di kawasan bandar dan ada juga yang mahu menetap di kawasan perkampungan dek inginkan suasana yang lebih tenang dan nyaman.

Walau bagaimanapun, untuk memiliki sebuah rumah memerlukan perancangan yang rapi dan memakan tempoh masa yang agak panjang.

Selain itu, pemilihan kontraktor juga memainkan peranan penting. Mengapa pemilihan kontraktor rumah sangat penting?

Hal ini kerana ia bagi memastikan keterjaminan rumah yang dibina dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi pelbagai khabar yang melihat pemilik rumah ditipu oleh kontraktor seperti hilang sebelum rumah siap sepenuhnya.

Sehubungan itu, hari ini SK akan membawakan beberapa cara untuk memilih kontraktor agar tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli di bawah. Semoga bermanfaat.

Elakkan Kontraktor Lesap Lepas Buat Bayaran, Ketahui Redflags Sebelum Nak Bina Rumah

Gambar: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli

Semalam sampai saja di Johor dekat maghrib, malam ada appointment dengan seorang klien mangsa kontraktor lari. RM 260,000 lesap tapi rumah baru 50 peratus siap. Dan itu adalah bayaran 95 peratus ikut amaun dalam quotation.

Kita cerita sikit lah detail projek. Harga kontraktor masuk, RM 260,000. Tambahan rumah dalam 2000 sqft lebih kurang untuk 2 tingkat. Kira nya harga masuk reno saja dalam RM 120/sqft. Dan itu harga 2021. Rumah dah setahun buat tak siap-siap, 5 bulan dah kerja tak gerak.

BACA JUGA: 11 Tips Nak Bina Rumah Idaman Atas Tanah Lot Sendiri

Bila saya korek cerita, ada beberapa red flag yang boleh nampak bila dia start spill the story:

Kenalan atas kenalan

Kontraktor adalah kenalan rapat keluarga. Benda ni tak salah, yang silap adalah bila terus percaya pasal keluarga. Kena check juga CIDB, kerja sebelum ni, kekuatan modal dan sebagainya.

Kontraktor tak nak jumpa tuan rumah

Kontraktor selalu mengelak jumpa. Bila duit nak laju, bila ajak jumpa beralasan. Tapi pasal kenalan dekat kan, jadi tak rasa itu satu masalah.

Harga masuk terlalu murah

Mangsa kata dia pun tak aware dengan harga market, dah bukan bidang dia kan. Dia ingat ok, jadi setuju saja. RM 120/sqft untuk renovation tambah 2 tingkat tau. Pada pendapat saya itu rendah, kalau harga barang naik sikit je dah hilang margin. Bila hilang margin? Apa lagi angkat kaki la. Dan ya kontraktor memang angkat kaki.

Arkitek guna untuk submit pelan saja tapi bukan servis penuh

Kalau tak ada arkitek, siapa nak inform klien progress slow? Siapa nak beritahu kontraktor salah buat? Tak ada professional yang menjaga kepentingan klien dari ditipu.

Kontraktor tak ada ilmu menjadi kontraktor

Tak ada daftar CIDB, method kerja terabur, dinding naik dulu, tiang bulan lain, beam cast 2 3 kali, pasang cermin tapi belum plaster. Punah.

Kontraktor tak pandai baca drawing

Ni tak faham. Macam mana boleh jadi kontraktor tapi drawing pun tak pandai nak baca? Pelik oi.

Tuan rumah memang baik orangnya. Orang baik-baik ni memang senang percaya orang. Cuma kebaikannya disalah guna oleh kontraktor yang tak bertanggungjawab.

BACA JUGA: Berderet Macam Kereta Api, Ayah Tak Mahu Berjauhan Bina Rumah Untuk Anak Menantu

“Macam ni Sab. Aku pun tak tau nak buat macam mana. Hidup kena teruskan juga. Rumah kena siapkan juga. Pandai lah aku korek mana nak cari lagi nanti.”

Kesian tuan rumah. Sayang nya, kejujuran tu susah nak diukur. Kan?

Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Fresh oren tengah malam tak elok

Sumber: Facebook Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli via Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

The post Elak Kontraktor Lesap Lepas Buat Bayaran, Ketahui “Red Flags” Sebelum Nak Bina Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*