Alat Steamboat Meletup: Pemilik Restoran Sedia Bayar Pampasan

steamboat meletup

Alat Steamboat Meletup: Pemilik Restoran Sedia Bayar Pampasan

Pemilik restoran steamboat dilapor sedia membayar pampasan kepada tujuh beranak yang cedera dalam kejadian alat memasak steamboat (tin gas butane) meletup, pada 9 Mac lepas.

“Kami bersedia bekerjasama untuk pampasan dengan mengikut segala prosedur yang betul,” kata Mohd Sofrizam Mohd Yusof, 39, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kata Sofrizam lagi, pihaknya sudah pun bertemu dengan keluarga itu dan permohonan maaf turut dibuat selian perbincangan untuk tindakan lain turut diadakan.

“Kita kesal atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan tanggungjawab kami membantu sehabis baik dalam hal ini.

“Sebelum ini, kita hanya mengikut prosedur yang dinasihatkan oleh peguam dan tidak membuat sebarang kenyataan awal kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Sofrizam lagi, laporan polis telah dibuat selain pihak bomba untuk melakukan siasatan atas kejadian yang berlaku.

“Buat masa ini, kita menyeru agar orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Kejadian jejaskan perniagaannya

Sementari itu, Sofrizam turut mengakui kejadian berkenaan telah menjejaskan perniagaan dan pekerjanya. Namun begitu, dia melihat perkara itu sebagai satu iktibar untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Dalam perkembangan berbeza, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat berkata lesen premis perniagaan restoran berkenaan akan digantung sementara waktu bermula Selasa hingga 25 Mac ini.

Ia bagi membolehkan siasatan susulan kejadian terbabit dibuat.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ meletup.

Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata, kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28 yang sedang menjamu selera.

BACA: Penduduk Kampung Gempar, Ratusan Ikan ‘Berenang’ Atas Jalan Cetus Misteri

BACA: Pekerja Besi Buruk Dipenjara Enam Tahun, Satu Sebatan Rompak Wanita Warga Jepun

Sumber: Sinar Harian

The post Alat Steamboat Meletup: Pemilik Restoran Sedia Bayar Pampasan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*