‘Zero-Covid’ Berakhir, Pelancong China Beralih Ke Mod Percutian Luar Negara

pelancong china pilih malaysia destinasi utama

Setelah pemansuhan tiga tahun sekatan sifar Covid-19, pelancong China mula meletakkan Singapura, Thailand dan Malaysia sebagai destinasi utama mereka sebagai tempat untuk melancong, lapor South China Morning Post.

Menurut platform tempahan pelancongan China Ctrip pada Ahad, permohonan yang dibuat melalui laman webnya untuk visa pelancong ke Singapura telah meningkat kepada lebih 30 kali ganda sejak 27 Disember.

Manakala, permintaan untuk visa pelancong ke Malaysia juga meningkat dua kali ganda bulan ini berbanding Disember.

Syarikat itu juga berkata hampir separuh daripada tempahan hotel untuk pelancong China yang pergi ke Thailand adalah untuk penginapan lebih daripada 20 hari.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pelancongan dan Ejen Pelancongan Datuk Tan Kok Liang memberitahu mengenai pertanyaan daripada pelancong China, terutamanya daripada pelajar dan penganjur korporat telah melebihi daripada dua kali ganda berbanding sebelum pembukaan semula sempadan China.

China adalah sumber pelancong antarabangsa yang paling penting di dunia sebelum wabak itu melanda dan walaupun industri global mungkin tidak meneruskan tahap pra-Covid, pelancong China dijangka meningkatkannya pada tahun ini.

Namun, beberapa negara termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Britain, Morocco, Kanada, Australian, Jepun dan Korea Selatan telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas pelancong dari China seperti keperluan melakukan ujian Covid sebelum dan semasa ketibaan hingga larangan kemasukan langsung.

Sementara itu, Thailand juga memerlukan pelawat dari beberapa negara termasuk China untuk membeli insurans Covid setelah menjangkakan tambahan lima juta dari pelancong China tahun ini, yang meningkat daripada hampir tiada pada tahun lepas 

“Pihak berkuasa pelancongan Thailand baru-baru ini menaikkan sasaran setahun penuhnya kepada 25 juta ketibaan pelancong masuk, didorong oleh pembukaan semula China yang lebih awal daripada jangkaan selepas kelonggaran peraturan sempadan Beijing baru-baru ini,” menurut laporan daripada firma kewangan Jepun Nomura.

Difahamkan juga, jumlah bilangan penumpang berkemungkinan besar mencecah 78 peratus untuk tahap pra-Covid selepas pembukaan sempadan.

Seorang pemilik restoran di bandar Guangzhou selatan China berkata, seisi keluarganya telah merancang perjalanan jarak dekat seperti Thailand dan Jepun, tetapi tidak diteruskan sehingga selepas Tahun Baru Lunar.

“Keadaan Covid sekarang di China masih membimbangkan, jadi kami ingin menunggu sedikit untuk melakukan perjalanan dalam keadaan yang lebih selamat,” katanya.

Bagi seorang pereka cip komputer yang terletak di Shanghai, Ding, dia tidak sabar untuk bercuti panjang di Australia semasa Tahun Baru Lunar untuk menyertai kejohanan tenis terbuka Australia.

Ding yang baru pulih daripada serangan Covid berkata ia merupakan peluang terbaik untuk berehat selepas terperangkap dalam sekatan untuk masa yang lama.

Sumber: South China Morning Post

The post ‘Zero-Covid’ Berakhir, Pelancong China Beralih Ke Mod Percutian Luar Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*