13 Maut Dalam Letupan Relau Peleburan Nikel

letupan relau nikel

13 Maut Dalam Letupan Relau Peleburan Nikel

Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 38 lagi cedera dalam satu letupan peleburan nikel milik syarikat Keluli Tahan Karat Tsingshan Indonesia (ITSS) di Pulau Sulawesi pada Ahad, lapor BBC Indonesia.

Difahamkan, letupan berlaku ketika pekerja melakukan pembaikan dan pemasangan plat pada relau kira-kira jam 5.30 pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan, Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP) berkata kejadian tersebut mengorbankan lapan pekerja Indonesia dan lima pekerja warga asing.

“Berdasarkan siasatan awal, letupan itu (mungkin) berpunca kerana masih terdapat cecair yang mendorong letupan di bahagian bawah relau. Semasa proses pembaikan, letupan berlaku,” katanya memetik Kontan.

Pada permulaan, letupan pertama yang tercetus telah menyebabkan beberapa siri letupan lain kerana banyak silinder oksigen digunakan untuk mengimpal dan memotong komponen relau untuk pembaikan.

Tambah IMIP, kes tersebut akan disiasat dan kos rawatan untuk mangsa akan ditampung oleh pihaknya.

Manakala, Ketua Polis Sulawesi Tengah, Inspektor Jeneral Agus Nugroho berkata pihaknya telah mewujudkan satu pasukan bersama bagi menyiasat punca kebakaran relau di lokasi kejadian.

Pasukan gabungan itu terdiri daripada penyiasat polis Sulawesi Tengah bersama Polis Morowali.

Beliau turut memaklumkan operasi syarikat tersebut akan dihentikan sehingga siasatan selesai dilakukan.

BACA: Ratusan Warga Bangladesh Berjalan Di Pengerang Ditahan, Bukan PATI – Polis

2 maut, 29 cedera dalam kebakaran pangsapuri di Korea Selatan

Sementara itu, di Korea seramai dua orang terkorban manakala 29 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah pangsapuri 27 tingkat di Seoul pada Isnin, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan kira-kira 4.57 pagi waktu tempatan (1957 GMT Ahad).

Dua lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 70-an telah dibawa ke hospital akibat serangan jantung, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Semasa proses pemindahan, 28 orang cedera akibat terhidu asap dan 20 daripada mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian.

Sebanyak 57 jentera dan lebih 200 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Punca kejadian sedang disiasat.

Sumber: BBC

The post 13 Maut Dalam Letupan Relau Peleburan Nikel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*