Geely Rancang Buka Universiti Di Tanjung Malim

geely universiti tanjung malim

Geely Rancang Buka Universiti Di Tanjung Malim

IPOH — Syarikat kenderaan terkemuka China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely)  telah menghantar cadangan berhubung pembinaan sebuah universiti di Tanjung Malim kepada Kerajaan Perak, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menerima cadangan berkenaan.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu,  hasrat tersebut dikemukakan sendiri oleh pengurusan kanan syarikat berkenaan pada minggu lalu.

Difahamkan, pembinaan pusat pendidikan itu merupakan pelan masa depan. Bukan itu sahaja, pelaburan bernilai RM32 bilion juga bakal disalurkan kepada Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

“Di China setiap perusahaan ada satu universiti, jadi Perak akan ada satu universiti. Universiti itu nanti akan melatih melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang TVET dan teknologi automotif.

“Mereka minta kita menyediakan tempat. Kita pun sudah mencadangkan tempat kepada mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Belia Negeri Perak pada Sabtu.

geely universiti tanjung malim
Gambar: Pejabat MB Perak

BACA JUGA: Proton Akan Perkenal Kenderaan Elektrik Seawal 2025 – Timbalan CEO

Saarani menambah, beberapa pembinaan bangunan dan institusi lain berhubung cadangan itu juga akan diwujudkan selepas kewujudan Universiti Geely. Lebih-lebih lagi, Asia Tenggara dan Perak mempunyai potensi pelaburan penting sebagai hab, dan itulah apa yang dihasratkan oleh Geely.

Berikutan itu, beliau berkata, pelaburan yang dibawa oleh Geely ini juga akan membuka peluang terhadap anak muda Perak.

Gambar: Pejabat MB Perak

Dalam pada itu, Saarani memberitahu, kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi bagi mewujudkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian.

Cadangan pemilihan lokasi itu juga telah dipersetujui oleh PLANMalaysia dan mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.  Cadangan tersebut kini telah dihantar ke Kementerian Ekonomi untuk semakan lanjut.

Beliau bagaimanapun menjelaskan lokasi sebenar tidak akan didedahkan kepada umum. Ia bagi mengelakkan timbulnya spekulasi mengenai harga tanah.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Sinar Harian

The post Geely Rancang Buka Universiti Di Tanjung Malim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*