16 Maut Termasuk 3 Kanak-kanak, Tangki Gas Nitrat Diguna Pelombong Haram Bocor

tangki gas nitrat bocor

16 Maut Termasuk 3 Kanak-kanak, Tangki Gas Nitrat Diguna Pelombong Haram Bocor

Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh akibat kebocoran gas nitrat toksik di sebuah lombong di Angelo Boksburg, Afrika Selatan. Gas berkenaan dipercayai digunakan oleh pelombong haram ketika aktiviti-aktiviti melombong.

Polis pada awalnya menjangkakan sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam insiden tersebut. Bagaimanapun angka korban disahkan cuma 16 orang selepas pasukan penyelamat selesai mengira mayat.

Tiga kanak-kanak yang terkorban berumur 1,6 dan 15 tahun. Manakala dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut laporan media, kebocoran gas berkenaan dipercayai berlaku bermula jam 8 malam pada Rabu. Pasukan penyelamat yang digerakan ke kawasan itu terpaksa menjalankan operasi dalam keadaan gelap.

Ketika cuba mengesan mangsa yang masih hidup, pasukan penyelamat menemui mangsa-mangsa yang sudah pun tidak bernyawa terbaring di atas tanah.

16 maut tangki gas nitrat bocor di Afrika Selatan

Pasukan penyelamat bagaimanapun tidak dapat memberikan bantuan segera, kerana perlu menunggu kehadiran pasukan forensik dan pakar patalogi. Kedua-dua pasukan berkenaan dikatakan hanya tiba selepas beberapa jam kejadian kebocoran gas itu dikesan.

Dalam pada itu, pemerintah wilayah Gauteng, Panyaza Lesufi menyifatkan iniden berkenaan sebagai satu tragedi yang memilukan.

”Keadaan di lokasi kejadian amat memilukan. Ia amat menyakitkan, menyeksa emosi dan meletihkan sesiapa sahaja,” kata beliau.

Siasatan lanjut pihak berkuasa mendapati tragedi maut itu berpunca daripada kebocoran tangki silinder gas beracun itu yang diletakan di sebuah pondok.

Difahamkan, semua gas yang berada dalam tangki itu habis terbebas ke udara. Manakala, pasukan penyelamat hanya mampu memeriksa kawasan dalam lingkungan 100 meter daripada lokasi tangki gas bocor itu berada. Sekurang-kurangnya empat tangki gas berkenaan disimpan di pondok tersebut, namun hanya satu yang disahkan bocor.

Gas berkenaan dipercayai digunakan oleh pelombong haram untuk memisahkan emas daripada kotoran.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada mereka yang terkorban terdiri daripada para pelombong haram atau orang awam.

Aktiviti pelombongan haram merupakan perkara biasa di beberapa tapak perlombongan emas yang sudah ditinggalkan. Kehadiran mereka disitu dipercayai bagi melombong sisa-sisa emas yang tinggal.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Indian Express

The post 16 Maut Termasuk 3 Kanak-kanak, Tangki Gas Nitrat Diguna Pelombong Haram Bocor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*