Keladak Habis Hilang, Ini Cara Cuci Oven Hingga Berkilat Seperti Baharu

Cara cuci oven

Keladak Habis Hilang, Ini Cara Cuci Oven Hingga Berkilat Seperti Baharu

Suasana dapur yang kemas dan bersih sememangnya memberikan ketenangan dan menceriakan ‘mood’ terhadap mereka yang ingin memasak khususnya suri rumah. Kita sedia maklum bahawa memasak kebiasaannya menggunakan banyak bahan untuk menyediakan satu-satu hidangan.

Sesuai dengan kata-kata masyarakat, ‘dapur berasap’. Sudah tentu, selepas memasak atau menggunakan peralatan elektrik seperti microwave atau oven meninggalkan kesan berminyak atau sisa-sisa makanan.

Kadangkala, kotoran yang melekat pada oven susah untuk ditanggalkan kerana telah lama tidak dicuci.

Oleh itu, apakah cara yang boleh digunakan untuk mencuci oven yang kotor atau diselaputi dengan sisa makanan? Bagi membantu masalah ini, jom kita ikuti perkongsian Saniza Mohamad  di bawah tentang cara mencuci oven hingga berkilat.

Cara Cuci Oven Yang Kotor Hingga Berkilat 

Gambar: Facebook Saniza Mohamad

Assalamualaikum tadi ada nampak posting dari sahabat yang tanya macam mana nak cuci oven.

Meh ceq share cara nak cuci oven, ni pun ceq dapat dari group telegram, moga bermanfaat buat semua. 

Tips Cuci Oven 

Bahan diperlukan:

Antara bahan yang diperlukan termasuklah air, botol spray, baking soda, kain buruk, cuka, dan mangkuk kecil. 

Caranya: 

Pertama, keluarkan semua perkakasan dalam oven. 

Kedua, campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor. 

Ketiga, sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven hangpa, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang. 

Keempat, biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik heheh ini serius tau. 

Kelima, cukup 12 jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu. 

BACA JUGA: Guna Dua Bahan Je, Cara Mudah Cuci Tungku Dapur Kotor & Berkeladak Hingga Berkilat

Keenam, letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu. 

Ketujuh, kemudian lap dengan kain buruk. 

Lapan, letak kain buruk tadi dalam oven. 

Sembilan, on oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 min dan biar ia kering. 

Terakhir, settle…

Permukaan kaca (pintu) oven:

Pertama, ulang langkah 1 tadi. 

Kedua, sapu pes tu pada kaca pintu oven tu. 

Ketiga, biar 30 minit.

Keempat, guna kain buruk untuk lap. 

Dah settle. Hasil dapat macam dalam gambaq. Kalau nak lagi clean, beli la baru memang clean sangat. Selamat mencuba. 

Sumber: Facebook Saniza Mohamad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Keladak Habis Hilang, Ini Cara Cuci Oven Hingga Berkilat Seperti Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*