2022 Dicatat Sebagai Tahun Paling Panas Di UK

2022 Tahun Paling Panas Di UK

2022 Dicatat Sebagai Tahun Paling Panas Di UK

UNITED KINGDOM  — Pusat Maklumat Cuaca Kebangsaan United Kingdom (Met Office) melaporkan bahawa tahun 2022 merupakan tahun paling panas bagi negara itu selepas merekodkan suhu tahunan tertinggi, 10 darjah celsius buat kali pertama.

Memetik AFP, difahamkan suhu purata bagi tahun lepas adalah 10.03 darah celsius menjadikan yang paling tinggi direkodkan sejak 500 tahun lalu akibat perubahan iklim.

Rekod itu telah dicatatkan sejak tahun 1884 dengan 10 tahun suhu tahunan paling panas bermula sejak tahun 2003 sebelum tahun 2022 mencipta sejarah.

Met Office turut mengesahkan trend (pola) yang sama dilaporkan berlaku di kawasan lain di Eropah pada musim sejuk.

Pakar atribusi Iklim Met Office, Nikos Christidis berkata ia mengkaji tempoh suhu berbanding kesan pengaruh iklim manusia.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa peningkatan 10 darjah celsius dalam cuaca semula jadi akan berlaku pada setiap 500 tahun manakala dalam iklim semasa pula berkemungkinan berlaku sekali dalam tempoh tiga atau empat tahun,” katanya.

Tambahnya, pelepasan gas karbon tanpa kawalan boleh mengundang peningkatan suhu 10 darjah Celsius hampir setiap tahun menjelang abad ini.

Dalam laporan Met Office pada 10 Januari tahun lalu oleh Copernicus, Kesatuan Eropah (EU) telah menjalankan pemerhatian cuaca global dan corak cuaca pada tahun lepas.

Hasil data mendapati bumi semakin memanas lebih daripada 1.1 darjah Celsius sejak akhir abad ke-19 dengan kira-kira separuh daripada peningkatan suhu dalam tempoh 30 tahun, Pertubuhan Meteorologi Dunia pada November lalu.

Sumber: AFP

The post 2022 Dicatat Sebagai Tahun Paling Panas Di UK appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*