33 pintu Rh. Selanjat Sungai Segan ranap akibat kebakaran

BINTULU – Sebanyak 33 daripada 36 pintu Rumah Panjang (Rh) Selanjat Sungai Segan, Ulu Sebauh di sini ranap dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.34 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak sejauh 20 kilometer.

“Kebakaran melibatkan satu blok lama rumah panjang dan telah memusnahkan 33 buah pintu manakala tiga pintu lagi terselamat.

“Kebakaran dianggarkan menyebabkan 90 peratus kemusnahan pada rumah panjang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan anggota bomba berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke blok baru rumah panjang berkenaan yang hanya berjarak empat meter.

“Pemadaman dilakukan menggunakan cara ‘Relay Pumping’ menggunakan satu aliran 200 kaki dari pili bomba ke pam angkut serta jarak 300 kaki dari pam ke nozel dengan dua aliran satu ‘Breaching’ untuk membuat tiga pancutan.

“Anggota melakukan teknik ‘Offensive’ dan ‘Defensive’ bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.

Menurutnya penghuni yang terjejas dianggarkan seramai 200 orang daripada 33 keluarga.

Namun, katanya tiada sebarang kecederaan berlaku kerana semua penghuni berjaya keluar dari rumah masing-masing dengan selamat.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 33 pintu Rh. Selanjat Sungai Segan ranap akibat kebakaran appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*