Russell yakin Mercedes kembali gagah kuasai litar

LONDON – Pemandu Mercedes, George Russell mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa pasukannya itu bakal melakukan kejutan kembali berjuang dalam perebutan gelaran perlumbaan Formula Satu bagi musim 2023 nanti.

Selepas menikmati rentetan kejayaan lapan gelaran pengeluar berturut-turut sejak 2014 hingga 2011, pasukan yang berpangkalan di Brackley, England tersebut secara tiba-tiba bergelut dengan konsep jentera baharu.

Tempat ketiga dalam kedudukan kejuaraan musim 2022 menandakan musim terburuk pasukan Mercedes sejak 2013, manakala mereka hanya mampu meraih satu kemenangan menerusi Russell di Grand Prix Brazil.

Bagi menebus kekecewaan tersebut, Mercedes dikatakan telah membangunkan jentera terbaik mereka dan dijangka menjadi pencabar bagi musim 2023 nanti.

“Saya fikir anda akan melihat perkembangan yang kami bawa pada tahun ini di mana kami mampu untuk berjaya merapatkan jurang. Saya lihat ia bukan satu perkara mustahil untuk kami mencapainya.

“Jika segalanya berjalan lancar terutama dari segi pembangunan jentera, saya cukup yakin kami akan memiliki semula jentera yang boleh bersaing dengan pasukan Red Bull,” kata Russell.

Selain Mercedes, Ferrari juga dikatakan sedang meningkatkan keupayaan jentera mereka untuk menjadi pencabar pada tahun ini selepas bergelut dengan prestasi tidak konsisten mereka.

Disebabkan itu, Red Bull terus mendominasi saingan dan Max Verstappen berjaya mengekalkan gelaran mahkota kemenangan buat kali kedua berturut-turut.
– AGENSI

The post Russell yakin Mercedes kembali gagah kuasai litar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*