99 Kawasan Di Klang, Shah Alam & Kuala Selangor Berdepan Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

99 kawasan gangguan bekalan air

99 Kawasan Di Klang, Shah Alam & Kuala Selangor Berdepan Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

SHAH ALAM —  Syarikat Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 99 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang, Shah Alam dan Wilayah Kuala Selangor.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ia susulan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor yang bakal bermula pada 9:00 pagi, 22 Mei 2023 (Isnin).

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu),” maklum Air Selangor.

Maklum jabatan air negeri itu, kerja pembaikan kecemasan tersebut melibatkan saluran paip utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.

BACA JUGA: 252,000 Pengguna Terjejas, Tiga Daerah Di Kedah Alami Gangguan Bekalan Air

Oleh hal demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

“Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” lapor badan berkuasa negeri itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya.

“Pengguna perlu menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” maklum kenyataan itu.

Gambar: Air Selangor

Berikut adalah 99 kawasan yang bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

 

Kawasan Gangguan Bekalan Air Selangor

Kawasan Gangguan Bekalan Air Selangor

Sumber: Air Selangor

The post 99 Kawasan Di Klang, Shah Alam & Kuala Selangor Berdepan Gangguan Bekalan Air Isnin Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*