Imam Ditikam Ketika Sujud, Seorang Lelaki Ditahan

imam ditikam ketika sujud

Imam Ditikam Ketika Sujud, Seorang Lelaki Ditahan

UNITED STATES — Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas bertindak menikam seorang imam di Masjid Omar, Paterson di New Jersey pada Ahad, lapor CNN.

Menurut jurucakap masjid Abdul Hamdan kepada CNN, imam Sayed Elnakib telah ditikam sewaktu rakaat pertama solat Subuh kira-kira pada jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, suspek melakukan tindakan itu sewaktu jemaah sedang dalam keadaan sujud.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan para jemaah memenuhi lima saf hadapan masjid itu. Sewaktu sujud, lelaki tersebut yang berada di saf ketiga bergerak ke hadapan sebelum menikam imam terbabit.

Susulan itu, suspek cuba bertindak meloloskan diri dari orang ramai ke pintu belakang masjid namun berjaya diberkas.

BACA: Imam Ditahan Polis, Dikesan Berlumba Motor Bersama Rakan

Lelaki terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Pemprosesan Kehakiman Pusat pada jam 1:30 tengah hari waktu tempatan pada Isnin.

Suspek bakal berdepan pertuduhan cubaan membunuh dengan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang dengan hukuman penjara maksimum sekitar 26 tahun.

Penolong Kanan Pendakwa Raya dari Pejabat Pendakwa Raya Passaic County, Bulent Can berkata, motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Lelaki Kurang Siuman Serang Imam

Dua minggu lalu, kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia apabila seorang lelaki kurang siuman secara tiba-tiba cuba menyerang imam di Masjid Negeri Sultan Ahmad, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu berlaku sewaktu imam itu menunaikan solat Subuh pada Program Khatam Subuh 2.0 di masjid.

Menerusi klip berdurasi 30 saat itu memaparkan suspek berusia lingkungan 40-an yang memakai baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat menerpa ke arah jemaah sebelum dipercayai memukul imam itu dengan sepasang selipar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Video tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Sumber: CNN 

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

The post Imam Ditikam Ketika Sujud, Seorang Lelaki Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*