‘Adik Sayang Mama,’ Kata-Kata Terakhir Juruterbang Kepada Ibu

Kata-kata terakhir juruterbang

‘Adik Sayang Mama,’ Kata-Kata Terakhir Juruterbang Kepada Ibu

KLANG, 17 Ogos (Bernama) — “Adik sayang mama,” itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang tadi.

Mahanum Ismail, 67, berkata sehingga kini, ayat yang diungkap oleh anak bongsu daripada dua beradik itu masih terngiang-ngiang ketika Shahrul Kamal menghubunginya semasa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada 24 Julai lepas.

“Dia anak yang sangat manja dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah semasa saya di hospital, sehari sebelum saya menjalani pembedahan… sebelum meletakkan telefon, dia memberitahu saya adik sayang mama,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Warga emas itu yang kelihatan lemah kerana baru selesai menjalani pembedahan usus dan hempedu terpaksa beberapa kali berhenti bercakap dek terlalu sedih dengan nahas yang menimpa anaknya.

Beliau juga memaklumkan akan berbincang dengan ahli keluarga bagi pengurusan pengebumian sama ada jenazah anaknya itu disemadikan berhampiran kediaman keluarga mereka di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau di tanah perkuburan Bukit Jelutong, Shah Alam yang berdekatan dengan rumah Shahrul Kamal.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia lingkungan 3 hingga 12 tahun.

Shamsul Azizan Md Nasir, 62, pula berkata kehadiran beliau di pekarangan Jabatan Forensik HTAR adalah bagi mendapatkan kepastian sama ada penumpang bernama Khairil Azwan Jamaluddin adalah adik iparnya.

Beliau berkata adik iparnya adalah juruterbang peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun.

“Saya hanya inginkan kepastian sama ada beliau berada dalam pesawat atau tidak… Saya dah cuba hubungi adik saya tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina dekat sini petang tadi.

Beliau berkata lapan daripada mereka adalah terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Sumber: BERNAMA

The post ‘Adik Sayang Mama,’ Kata-Kata Terakhir Juruterbang Kepada Ibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*