Adira, anak dah empat pun masih cantik

PERKONGSIAN penyanyi Adira Suhaimi berjoget sakan bersama kesemua empat orang cahaya matanya dalam TikTok menarik perhatian netizen.

Siapa sangka, wanita cantik berusia 31 tahun itu merupakan seorang ibu kepada empat orang anak. Ramai sebenarnya tidak percaya pada usia semuda itu, Adira sudah pun memiliki zuriat sebanyak empat orang.

Kalau cakap Adira masih anak dara sekali pun, mesti ramai yang percaya. Memang pandai betul Adira jaga bentuk badan supaya kekal langsing dan awet muda.

Ada sesetengah mak, baru anak seorang dua badan dah ‘londeh’ sana sini. Berbeza pula dengan Adira. Sebab itu ramai yang seakan tidak percaya dengan status Adira sebagai ibu kepada empat orang anak.

“Empat orang anak ke Adira?” komen seorang pengguna TikTok.

“Bila mu beranak Adira? Seronoknya anak ramai,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Beruntung jadi Adira. Nampak kebahagiaan terpancar di wajahnya. Mana tidaknya, sudahlah cantik, dikurniakan suami romantik. Memang lengkap betul hidupnya. Diva cemburu!

DIVA: Pejam celik, berapa bulan lagi nak puasa kan. Selepas itu, raya pula. Cepatnya masa berlalu.

The post Adira, anak dah empat pun masih cantik appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*