Air Pasang Besar Limpahi Jalan Tanjong Karang Menghala Sekinchan Petang Tadi

jalan tanjong karang sekinchan dilimpahi air

Air Pasang Besar Limpahi Jalan Tanjong Karang Menghala Sekinchan Petang Tadi

Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan dilimpahi air susulan fenomena air pasang besar yang berlaku pada Selasa, hari ini.

Menurut Sinar Harian, jalan yang menghubungkan antara dua lokasi itu mula dilimpahi air pada jam 6.45 petang tadi.

Limpahan sir berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan diikuti dengan fenomena air pasang besar di kawasan tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Rashid Shahri telah berkongsi bibit-bibit kejadian terbabit menerusi sebuah hantaranya di laman tersebut.

Pemilik akaun Facebook tersebut memberitahu, kejadian air melimpah ke jalan tersebut berlaku di hadapan sebuah premis perkakas rumah.

Menerusi sebuah rakaman video tular yang berdurasi 25 saat itu, sebuah van terperangkap, manakala beberapa kenderaan meredah arus banjir yang melimpahi jalan.

Menerusi ruangan komen juga, beberapa pengguna yang turut menetap di kawasan yang sama memberitahu keadaan tempat kediaman masing-masing.

Pemilik akaun SJ AG memaklumkan, selain banjir di laluan utama itu, air turut memasuki rumah penduduk di Taman Padi Emas.

“Rumah saya di Taman Padi Emas air masuk dari depan dan belakang. Sudah buat aduan, tapi tak ada tindakan,” katanya.

Menurut laporan Sinar Harian, keadaan paras air di laluan itu masih belum surut setakat jam 8.20 malam Selasa, hari ini.

Untuk makluman, jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan dilaporkan sering dilimpahi air jika berlakunya hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

Jumlah mangsa dan PPS terus meningkat setakat 4 petang – NADMA

Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan Selangor meningkat kepada 25,938 setakat 4 petang ini berbanding 25,438, pada 12 tengah hari.

Menurut Laporan Terkini Kejadian Bencana Di Seluruh Negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara jumlah pusat pemindahan sementara  (PPS) yang aktif di keempat-empat negeri juga meningkat kepada 231 berbanding 199 PPS.

“Kelantan mencatatkan bilangan daerah dan jumlah mangsa tertinggi terjejas banjir iaitu lapan daerah dan 15,145 mangsa; diikuti Terengganu dengan tujuh daerah, 10,199 mangsa; Pahang dengan tiga daerah, 590 mangsa; dan Selangor satu daerah dengan empat mangsa,” menurut laporan itu.

Dari segi jumlah PPS aktif, Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 125, Kelantan (92), Pahang (13) dan Selangor (satu).

BACA: Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Sumber: Sinar Harian

 

The post Air Pasang Besar Limpahi Jalan Tanjong Karang Menghala Sekinchan Petang Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*