Pemandu Maut & Penumpang Wanita Rentung, Kereta Kemalangan Dengan Treler

Pemandu maut tercampak

Pemandu Maut & Penumpang Wanita Rentung, Kereta Kemalangan Dengan Treler

Seorang pemandu lelaki maut manakala seorang penumpang wanita dilaporkan rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Miang, Pekan.

Memetik Sinar Harian, kemalangan berlaku melibatkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah treler sebelum terbakar.

Difahamkan, pemandu kereta itu dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut yang sedang menghala dari Nenasi ke Pekan, Pahang.

Dalam pada itu, kejadian itu turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria.

Menurut Zulfadli, panggilan kecemasan berkenaan kemalangan telah diterima oleh pihaknya pada jam 8.22 malam tadi.

Susulan menerima panggilan tersebut, seramai 14 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi tersebut turut dibantu oleh BBP Nenasi bersama tiga jentera Bomba.

“Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan jalan raya dan kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan treler.

“Terdapat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa maut dan seorang perempuan dewasa terbakar meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Zulfadli lagi, operasi pemadaman api berjaya dilakukan oleh pasukan tersebut menggunakan satu aliran hos salur air paip jentera bomba.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Pemandu Maut & Penumpang Wanita Rentung, Kereta Kemalangan Dengan Treler appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*