Rohingya mengaku raba kanak-kanak 12 tahun

MELAKA – Seorang buruh binaan etnik Rohingya berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak, bulan lalu.

Tertuduh Korimullah Abdu Rahman, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Bagaimanapun, penetapan hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan pada tarikh 31 Januari ini bagi serahan fakta kes dan pelantikan jurubahasa Rohingya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berbangsa Rohingya didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 8 bulan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam, di sebuah rumah di Jalan Pulau Senang 3, Semabok Melaka, 26 Disember lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Darmafikri bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin ekoran kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UN-HCR) masih dalam proses permohonan.

Terdahulu tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari. – KOSMO! ONLINE

The post Rohingya mengaku raba kanak-kanak 12 tahun appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*