Cadangan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen Terima Reaksi Positif

Cadangan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen Terima Reaksi Positif

Cadangan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen Terima Reaksi Positif

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Dasar dan kerangka cadangan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2023 yang kini dalam peringkat penggubalan mendapat reaksi positif daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini selepas satu taklimat mengenainya diadakan semalam.

Beliau berkata ahli kedua-dua Dewan berkenaan menyambut baik langkah pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 untuk merealisasikan konsep pengasingan kuasa dalam negara.

“Seterusnya rang undang-undang ini dapat melaksanakan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas memartabatkan Institusi Parlimen Malaysia yang bebas daripada bendungan Cabang Eksekutif Kerajaan.

“Insya-Allah kami berharap agar rang undang-undang ini dapat dibentang pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini dan sesi taklimat pada malam tadi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mendapatkan maklumat awal supaya memberi kerjasama mereka dalam urusan pembentangan, laluan dan bahasan rang undang-undang ini nanti di dalam Dewan masing-masing,” katanya.

Pada 29 Ogos lepas, Wan Junaidi berkata pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 kini berada di peringkat kedua bagi proses merangka kertas kerja Kabinet bagi mendapatkan persetujuan untuk Majlis Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Pejabat Peguam Negara untuk diedarkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Sumber: Bernama

The post Cadangan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen Terima Reaksi Positif appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*