Apple Potong Gaji & Ganjaran “Boss” Tim Cook 40 Peratus, Kini Tinggal Hanya Tinggal RM 212 Juta

potong gaji tim cook

Apple Potong Gaji Boss, Tim Cook 40 Peratus Tahun Ini, Kini Tinggal Hanya Tinggal RM 212 Juta

Apple dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memotong gaji dan ganjaran yang dinikmati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook sebanyak 40 peratus pada tahun ini.

Difahamkan, pemotongan itu dibuat atas permintaan Cook sendiri selepas mendapat kritikan daripada pemegam saham yang mahu melihat perubahan tersebut berlaku.

Menurut CNBC, ganjaran yang bakal dinikmati oleh Cook akan dikurangkan kepada USD 49 juta (RM 212 juta) berbanding USD 83 juta (RM 359 juta) yang dinikmatinya pada tahun lepas.

Selain potongan ganjaran tersebut, Apple juga mengehadkan jumlah saham khas yang boleh dimiliki Cook sekiranya beliau memilih untuk bersara sebelum 2026.

Apple berkata, keputusan itu diambil selepas hanya 64 peratus pemegang saham bersetuju dengan jumlah ganjaran yang diberikan kepada Cook, berbanding 95 peratus yang diterima pada 2020.

Jawatankuasa Ganjaran Apple yang diketuai oleh Art Levinson, Al Gore dan Andrea Jung berdepan dengan tekanan daripada pemegang-pemegang yang mahu melihat pemotongan dalam pakej ganjaran yang diberikan kepada CEOnya. Dalam mesyuarat tahunan yang diadakan pada tahun lepas, Instusi Perkhidmatan Pemegang Saham menyarankan pemegang saham Apple mengundi untuk menentang pakej ganjaran yang ditawarkan kepada Cook.

Bagaimanapun pemegang saham tetap memuji dan berterima kasih dengan segala jasa yang ditaburkan Cook kepada Apple selama ini. Mereka juga percaya, Apple akan terus berkembang maju dimasa hadapan dibawah kepimpinannya.

BACA: Demi Capai Cita-cita Jadi Serigala, Lelaki Sanggup Labur RM 99k Dapatkan Kostum Khas

Sumber: CNBC

The post Apple Potong Gaji & Ganjaran “Boss” Tim Cook 40 Peratus, Kini Tinggal Hanya Tinggal RM 212 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*