ART Bakal Diuji Di Kuching Isthmus Mulai September Ini

Pandu uji art sarawak

ART Bakal Diuji Di Kuching Isthmus Mulai September Ini

KUCHING — Baru baru ini tular beberapa video yang menunjukkan prototaip Autonomous Rapid Transit (ART) yang tiba di Sarawak sejak beberapa minggu lalu.

Menerusi satu rakaman video memaparkan kenderaan yang dilengkapi tiga gerabak itu dipercayai mula bergerak keluar dari sebuah gudang.

Berikut beberapa rakaman kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api itu di media sosial.

Sementara itu, dalam laporan Bernama turut menyatakan bahawa tanda laluan khas untuk unit ART kini sedang dicat oleh pekerja kontraktor di Jalan Keruing berhampiran Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Kenderaan itu bakal diuji di sepanjang jalan tersebut selama tiga hari bermula Rabu ini. Ia merupakan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Autonomous Rapid Transit (ART)

Sebelum ini, prototaip ART itu telah dibawa dari China dan bakal menjalani latihan kejuruteraan selama dua bulan di Kuching Isthmus pada September dan Oktober.

Latihan ini dibuat sebelum operasi ART dimulakan secara berperingkat dari suku keempat 2025 hingga suku keempat 2027.

Gambar: Bernama

“Sebahagian daripada pembinaan projek KUTS dilaksanakan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Ianya melibatkan pembinaan laluan sepanjang 27.6km menghubungkan Rembus di Kota Samarahan ke Pertukaran Hikmah di pusat bandar Kuching, serta pembangunan Laluan Merah sepanjang 12.3km dari Kuching Sentral ke Pending dan Laluan Hijau sejauh 30km dari Pending ke Damai Pusat,” maklum Bernama.

BACA JUGA: Operasi Bas Hidrogen Di Kuching Akan Disambung Selepas Penyelenggaraan

Matlamat utama projek ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuching dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh dipercayai, cekap serta moden untuk rakyat.

Difahamkan, projek ini dianggarkan menelan kos RM6 bilion.

Terdahulu, prototaip ART yang dikuasakan dengan hidrogen itu dilaporkan tiba di pada 5 Ogos lalu, lapor Astro Awani.

Difahamkan, kenderaan prototaip itu tiba di Terminal Seminar dengan sebuah kapal HF Spirit pada jam 8 pagi selepas menempuh perjalanan lebih dua minggu dari pelabuhan Shanghai pada 15 Julai lalu.

Ia didatangkan dengan tiga set gerabak yang dipasang di Terminal Senari dalam tempoh dua minggu.

Sumber: FB, Bernama, Astro Awani

The post ART Bakal Diuji Di Kuching Isthmus Mulai September Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*