Hujan lebat, ribut petir di Perak, Pantai Timur pagi ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga buah negeri pagi ini ekoran cuaca buruk yang diramal melanda beberapa daerah sehingga pukul 10 pagi nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook melaporkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Pantai Timur pula, antara kawasan yang berisiko adalah Gua Musang, Kelantan serta dua daerah sekitar Pahang iaitu Lipis dan Jerantut. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat, ribut petir di Perak, Pantai Timur pagi ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*