ASEAN ‘Kecam Keras’ Serangan Udara Di Myanmar

Serangan udara di Myanmar

ASEAN ‘Kecam Keras’ Serangan Udara Di Myanmar

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — ASEAN “mengutuk sekeras-kerasnya” serangan udara junta tentera Myanmar ke atas sebuah kampung pada Selasa, yang dilapor telah mengorbankan sehingga 100 orang termasuk orang awam.

Indonesia selaku Pengerusi ASEAN, dalam satu kenyataan memaklumkan segala bentuk keganasan mesti ditamatkan serta-merta, khususnya kekerasan terhadap orang awam.

“Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mewujudkan dialog nasional yang inklusif demi mencari penyelesaian damai yang mampan di Myanmar,” menurut satu kenyataan di dalam laman sesawang Sekretariat ASEAN.

Pengerusi ASEAN itu turut mengulangi komitmen blok 10 anggota untuk terus membantu Myanmar dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan berpanjangan melalui pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Menurut laporan media, serangan udara terhadap kawasan Sagaing adalah yang paling membawa maut dalam rentetan serangan udara tentera baru-baru ini, dan telah mendapat kecaman global.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam responsnya terhadap serangan udara itu menegaskan bahawa Malaysia menentang sebarang bentuk keganasan atau layanan kasar terhadap orang awam.

“Pendirian Malaysia, kami menentang sebarang bentuk keganasan yang berlaku di Myanmar dan itu juga pendirian ASEAN secara keseluruhan,” katanya.

Sumber:  BERNAMA

The post ASEAN ‘Kecam Keras’ Serangan Udara Di Myanmar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*