Azi (Ejen Kosmetik) berjaya diselamatkan, telah dibawa pulang ke Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, atau Azi, 36, yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Wakaf Bharu, Kelantan pada 13 September lalu, telah berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan Harian Metro, Aziz diselamatkan di Thailand dan telah dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.

Lokasi mangsa berjaya dikesan PDRM dengan kerjasama Polis Thailand yang melakukan siasatan dan risikan.

“Mangsa berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara berkenaan dan dibawa pulangg ke Malaysia,” katanya.

Setakat ini seramai tujuh suspek warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Polis turut merampas kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Dalam kejadian 13 September lalu, Azi diculik sekumpulan lelaki berkenaan yang datang ke rumahnya sebelum dibawa menaiki bot ke Thailand.

Penculikan mangsa itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah yang membawa kepada penahanan suaminya bersama dua lagi suspek termasuk wanita berusia 35 dan 47 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

BACA: Suami ditangkap khalwat, isteri rela jadi penjamin

Sumber: Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*