Babi Hutan Besar Bikin Onar, Liat Nak ‘Tumbang’ Walau 5 Kali Ditembak Ubat Penenang

Babi Hutan Besar Bikin Onar, Liat Nak ‘Tumbang’ Walau 5 Kali Ditembak Ubat Penenang

Seekor babi hutan liar di Pattaya, Thailand bikin onar apabila tidak tumbang meskipun sudah disumpit dengan ubat penenang sebanyak lima kali, lapor Thaiger.

Haiwan sesat yang dianggarkan seberat 200 hingga 300 kilogram itu dikesan berkeliaran di sekitar Big C Extra di Central Pattaya pada 7 Februari, sekitar jam 7.30 malam.

Babi hutan tersebut dipercayai telah merosakkan beberapa tumbuhan di kawasan perumahan dan tidak takut dengan orang ramai.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pasukan penyelamat dilaporkan menembak sebanyak lima kali ubat penenang ke arah haiwan berkenaan namun tidak berjaya menumbangkannya, lapor The Pattaya News.

Menurut laporan Thaiger, pasukan penyelamat percaya haiwan itu mungkin haiwan peliharaan seseorang yang telah hilang.

Anggota penyelamat kini cuba memindahkannya dengan selamat untuk keluar dari bandar.

Dalam pada itu, kemunculan haiwan itu telah menarik perhatian ramai orang sehingga menjadi bualan ramai di Pattaya.

Gambar: The Pattaya News

Babi hutan di Thailand dikenali sebagai gangguan di Thailand kerana sering merosakkan tanaman, taman dan harta benda.

Pun begitu, sesetengah penduduk di Thailand memburu babi hutan untuk daging dan gading mereka.

Terdapat insiden lain di mana beberapa ekor babi hutan dipercayai telah menyerang manusia dengan ganas.

Pada November tahun lalu, seorang lelaki berusia 68 tahun dilaporkan mati diserang oleh babi hutan peliharaannya.

Haiwan itu kemudiannya ditembak mati oleh jiran mangsa selepas ia cuba melakukan serangan lain.

Seorang jiran memberitahu polis bahawa mangsa, Amnuay Suriwong, diserang oleh babi hutan di daerah kecil Ang Thong di wilayah Kampaengphet.

Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia ketika pegawai tiba di tempat kejadian.

Memetik Thaiger, mangsa ditemui di atas bangku buluh di hadapan rumahnya dengan dua luka besar di kakinya.

Difahamkan bahawa haiwan peliharaannya itu melarikan diri selepas menyerang mangsa sebelum meminta bantuan daripada jirannya.

Malangnya, mangsa tidak sempat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ekoran daripada itu, jiran kepada mangsa telah menjejaki babi hutan itu dan menembak mati.

Babi hutan pernah berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi tetapi haiwan tersebut telah dikeluarkan daripada senarai.

Perkara itu dilakukan untuk membolehkan petani tempatan menternak dan menjual daging haiwan itu kerana daging babi hutan amat popular dalam kalangan masyarakat di Thailand.

Babi hutan ini biasa ditemui di Thailand dan di seluruh negara khususnya kawasan luar bandar.

Haiwan berkenaan adalah omnivor dan memakan pelbagai jenis makanan termasuk akar, buah-buahan, serangga, mamalia kecil dan reptilia.

Sumber: Thaiger

The post Babi Hutan Besar Bikin Onar, Liat Nak ‘Tumbang’ Walau 5 Kali Ditembak Ubat Penenang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*