Badan ‘Sado & Berketak’, Penampilan Terkini Man Raja Lawak Curi Tumpuan

man raja lawak sado

Badan ‘Sado & Berketak’, Penampilan Terkini Man Raja Lawak Curi Tumpuan

Penampilan terkini pelawak, Man Raja Lawak menyebabkan orang ramai, khususnya pengguna media terpukau sejak beberapa hari lalu.

Fizikal Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman bin Kasim kini dilaporkan lebih ‘sado’ dengan otot-otot pejal yang berketak-ketak.

Orang ramai mula menyedari perubahan tersebut selepas beliau membuat perkongsian menerusi TikToknya, @manrajalawak5.

Dalam satu video yang dimuat naik, Man kelihatan sedang berpeluh dipercayai baru sahaja menamatkan rutin workout di sebuah gim.

Keadaan fizikalnya yang jauh berbeza dengan penampilan terdahulu pantas menarik perhatian para pengikut beliau di TikTok.

Malah, ramai juga tidak melepaskan peluang bertanya dan meminta beberapa tip bagaimana beliau membina otot-otot tersebut.

Badan sado Man Raja Lawak pukau perhatian warga maya

Antara pertanyaan yang diajukan sudah tentu berkenaan tempoh yang diambil Man untuk mendapatkan fizikal sedemikian.

Membalas soalan pengguna di ruangan komen, Man berkata beliau baru sahaja dua bulan ‘berkecimpung’ dalam dunia gim.

Man juga menegaskan beliau langsung tidak bergantung kepada sebarang suplemen seperti minuman protein dan sebagainya.

Manakala beliau belajar rutin-rutin senaman dan workout pula dengan merujuk kepada video-video senaman di TikTok.

Mendengar penjelasan Man, ramai yang mendapat inspirasi dan terpanggil untuk mengikut jejak langkahnya menjadi lebih sihat dan bergaya.

“Inspirasi lah kau ni bang. Aku pun dah hilang 10 kilogram. Ada 30 kilogram lagi target tapi sudah sangkut empat bulan dah ni tak turun-turun,” komen salah seorang pengguna di TikTok.

Man Raja Lawak menjawab bahawa kunci perubahan terhadap berat badannya terletak pada konsisten dan disiplin.

“Istiqamah itu berat, yang ringan istirahat,” kata Man bersahaja.

@manrajalawak5

ahad cuti ke ?? Cuti tu ape ?? kowang nak joint abg roger abg direct 0172222549

♬ Dj Full Senyum Sayang – Tasjan

Man Raja Lawak pernah hilang berat, dari 95 kilogram kepada 67 kilogram

Man sebenarnya terlebih dahulu menurunkan berat badan beliau sebelum mula berjinak-jinak dengan aktiviti gim.

Sebelum ini, beliau mendedahkan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 28 kilogram, dalam tempoh empat bulan bermula Julai sehingga Oktober tahun lepas.

Dalam tempoh berkenaan, berat Juara Raja Lawak musim ke-5 itu turun daripada 95 kilogram kepada 67 kilogram.

Antara tip yang sering diamalkan oleh Man untuk menurunkan berat badan adalah berjalan kaki selama sejam pada waktu pagi dan petang.

“Kalau nak sesuatu kita kena nekad, kena sabar, kena buat sampai jadi. Biar tak nampak hebat pada permulaan tapi nampak hebat bila dah capai kejayaan,” nasihat Man lagi.

BACA: Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’

Sumber: Man Raja Lawak

The post Badan ‘Sado & Berketak’, Penampilan Terkini Man Raja Lawak Curi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*