Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaat Saffron Yang Ramai Tak Tahu

manfaat saffron kesihatan

Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaat Saffron Yang Ramai Tak Tahu

Bagi mereka yang sudah biasa masuk ke dapur dan masak untuk keluarga, pasti sudah biasa dengan kebanyakan perkakasan dapur serta bahan-bahan masakan.

Untuk menghasilkan menu masakan yang berkhasiat, bahan-bahan yang berkualiti tinggi pasti menjadi pilihan utama sebelum melakukan proses memasak.

Bercakap soal bahan berkualiti dan berkhasiat, bahan yang berada di dalam kategori rempah ini jarang digunakan dalam masakan ekoran harganya yang mahal.

Namun begitu, bahan yang dikenali sebagai safron ini sangat bagus untuk kesihatan buat mereka yang mengamalkannya.

Untuk mengetahui lanjut berkenaan khasiat bahan tersebut, mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktro ini berkenaan Safron.

Tahukah anda bahawa saffron merupakan antara jenis rempah termahal di dunia! Apakah khasiat saffron sehingga ia dijual dengan begitu mahal? Kami kupaskan beberapa fakta penting mengenai rempah ini, apa khasiat saffron serta kesan minum air saffron.

Apa itu saffron?

Saffron (Crocus sativus) yang juga dikenali sebagai ’emas merah’, adalah sejenis rempah yang paling mahal di dunia.

Ia diperoleh daripada bunga Crocus sativus dan telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai pewarna, perasa dan ubat dalam pelbagai sejarah tamadun dunia.

Warna kuning keemasan yang dikeluarkan oleh saffron menjadikannya pilihan utama dalam masakan dan juga dalam industri kosmetik.

Bagaimana saffron diperoleh?

Kredit Shutterstock

Sebelum mengetahui khasiat saffron, anda perlu tahu kenapa ia begitu mahal.

Untuk makluman, proses pengumpulan saffron memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Ini kerana, setiap bunga Crocus sativus hanya menghasilkan tiga helai benang atau stigma saffron.

Benang-benang atau stigma ini dikumpulkan dengan tangan satu persatu, dan kemudiannya dikeringkan.

Proses pengumpulan saffron ini memerlukan ribuan kuntum bunga untuk menghasilkan hanya satu paun saffron.

Oleh sebab itu, rempah saffron boleh menjadi terlalu mahal kerana proses pengumpulannya yang memerlukan banyak tenaga dan juga masa. 

5 jenis saffron paling mahal di dunia mengikut negara pengeluar

 

Kredit Shutterstock

Setiap saffron mempunyai gred atau kualitinya yang tersendiri.

Setiap gred ini tentunya mempunyai harga yang berbeza-beza mengikut dari negara mana ia dihasilkan.

Berikut adalah lima jenis saffron dengan kualiti terbaik serta harga termahal di dunia: 

  • Saffron Iran: Iran adalah pengeluar saffron terbesar di dunia. Saffron dari Iran dikenali dengan kualiti tertinggi dan aroma yang kuat
  • Saffron Kashmir, India: Saffron ini dikenali dengan warna merah gelap dan aroma yang kuat. Saffron Kashmir adalah salah satu saffron yang paling mahal di pasaran
  • Saffron Sepanyol: Sepanyol terkenal dengan saffron jenis “Coupe” yang mempunyai kualiti tinggi dan digunakan dalam masakan tradisional seperti paella
  • Saffron Maghribi: Dikenali juga sebagai ‘zafran’, saffron Maghribi mempunyai rasa yang unik dan sering digunakan dalam masakan Maghribi
  • Saffron Greek: Meskipun kurang dikenali berbanding jenis yang lain, saffron Greek juga mempunyai kualiti yang baik dan biasa digunakan dalam masakan tradisional orang Greek

Apa khasiat saffron ini ya?

Kredit AFP

Saffron kaya dengan bahan kimia seperti crocin, picrocrocin dan safranal yang memberikan warna, rasa, dan aroma khas kepada rempah ini.

Crocin adalah antioksidan kuat yang membantu melawan tekanan oksidatif dalam tubuh.

Tekanan oksidatif ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Selain itu, crocin juga mempunyai kesan neuroprotektif yang boleh membantu melindungi otak daripada kerosakan.

Menariknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa crocin mungkin mempunyai kesan antidepresan dengan mempengaruhi tahap serotonin dan dopamine dalam otak.

Apa pula peranan picrocrocin dalam khasiat saffron? Picrocrocin pula mempunyai sifat terapeutik selain memberikan rasa pahit khas pada rempah ini.

Ia juga memiliki ciri antioksidan yang serupa dengan crocin, yang membantu memerangi tekanan oksidatif dalam tubuh.

Sebatian safranal pula memberikan aroma khas pada saffron. Aroma ini dilepaskan semasa proses pengeringan benang saffron.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain memberikan aroma, safranal juga mempunyai kesan neuroprotektif dan antioksidan.

Ia juga menunjukkan potensi dalam mengurangkan gejala kemurungan dengan mempengaruhi neurotransmiter dalam otak.

Tambahan pula, safranal mempunyai sifat antiradang yang bermanfaat terhadap keadaan yang mempunyai ciri-ciri keradangan.

Saffron bukan sahaja memberikan rasa dan warna kepada masakan, tetapi juga terbukti mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan.

Ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah pencernaan, insomnia dan penyakit kulit.

Kajian terkini menunjukkan bahawa saffron juga boleh membantu dalam mengurangkan simptom kemurungan, meningkatkan ingatan dan juga mempunyai kesan anti inflamasi.

Khasiat saffron terkenal dalam masakan

Walaupun saffron adalah salah satu rempah yang paling mahal di dunia, namun faedah kesihatan dan aromanya dalam masakan menjadikannya berbaloi untuk digunakan.

Saffron sememangnya ’emas merah’ dalam dunia masakan kerana ia bukan sahaja memberikan warna dan rasa, tetapi juga mempunyai pelbagai kebaikan.

Bagi mereka yang mahu menambahkan sentuhan istimewa dalam masakan atau mencari faedah kesihatan semula jadi, saffron adalah pilihan yang sempurna.

Sumber: Hello Doktor

The post Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaat Saffron Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*