Bank Kena Sediakan Not RM10 & 20 Secukupnya Di ATM

steven bekalkan RM10 Rm20 secukupnya atm

Bank Kena Sediakan Not RM10 & 20 Secukupnya Di ATM

Pernahkah anda berdepan dengan situasi sesak dalam hidup anda? Misalnya pada pertengahan atau minggu ketiga setiap bulan, baki dalam akaun bank tidak lagi semeriah hari gaji.

Ketika beratur di ATM untuk mengeluarkan baki-baki wang yang ada, ATM pula tidak dapat menunaikan hasrat anda. Misalnya, baki dalam bank ada RM 30 dan anda berhajat untuk mengeluarkan RM 20, tetapi ATM kehabisan duit not RM 10 dan 20.

Jika not yang tinggal cuma RM 50 dan 100, sudah tentulah sukar untuk anda mengeluarkan baki yang ada. Sudahlah beratur panjang, akhirnya bila tiba giliran itu pula yang terjadi. Paparan pada skrin ATM tersebut cukup membuatkan hati anda patah seribu, kan?

Lebih parah, jika duit itu hendak diguna membeli barang dapur, untuk bertahan sehari dua lagi sebelum gaji. Hati lagi bertambah resah bila memikirkan ada perut di rumah yang perlu diisi.

Perkara ini telah lama dipersoalkan oleh warganet Malaysia menerusi platform media sosial. Mereka menyifatkan kekurangan wang kertas RM10 dan RM20 dalam mesin ATM adalah satu penganiayaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Ini turut memberikan kesan yang signifikan bagi pelajar-pelajar universiti dan murid sekolah, yang hanya menggunakan wang dalam amaun yang kecil sahaja.

Bank kena sediakan not RM10 & 20 secukupnya di ATM

Mendengar keluhan rakyat, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong telah membuat kenyataan berkenaan masalah ini.

Malah katanya, isu berkenaan dimaklumkan sendiri olehnya kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Katanya, BNM diminta untuk memastikan semua bank di Malaysia menyediakan wang kertas not kecil yang secukupnya pada ATM masing-masing.

“Saya sendiri sudah maklumkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pastikan bank-bank mempunyai wang kertas RM10 dan RM20 yang secukupnya.”

Minta pengguna senaraikan bank yang selalu ada masalah not RM10 & 20

Dalam hantaran Facebook yang sama, beliau meminta pengguna lain untuk memaklumkan jenis bank dan lokasi bagi mesin ATM yang mengalami masalah sedemikian menerusi ruangan komen.

BACA: Dapatan Kajian 100 Hari Kerajaan Perpaduan Mencurigakan – Fahmi

Katanya lagi, melalui perkongsian tersebut pihaknya akan dapat mengambil tindakan dengan mengingatkan bank-bank yang selalu kekurangan not RM 10 dan 20 di ATM masing-masing.

Sumber: Steven Sim via Facebook

The post Bank Kena Sediakan Not RM10 & 20 Secukupnya Di ATM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*