Lelaki Maut Terperangkap Bawah Slab Konkrit Lima Tan Selama Tujuh Jam

Lelaki maut Terperangkap Bawah Papak Konkrit

Lelaki Maut Terperangkap Bawah Slab Konkrit Lima Tan Selama Tujuh Jam

Seorang lelaki dilapor maut selepas terperangkap di bawah slab konkrit seberat lima tan lebih tujuh jam dalam kejadian di Amerika Syarikat (US), memetik The Mirror.

Lelaki berkenaan, 43, yang bekerja dalam bidang pembinaan terperangkap di bawah slab konkrit kira-kira 2:30 petang Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan ia berlaku selepas balkoni tingkat lapan di Kompleks Kondominium Spinnaker di Jersey Shore, Pennsylvania runtuh dan jatuh ke tingkat tujuh (lokasi kejadian).

Malah, balkoni bangunan itu yang menimpa mangsa dikatakan dibina pada tahun 1970-an dipercayai mempunyai berat melebihi 11,000 paun (lima tan).

Akibat terlalu berat, ia menyebabkan mangsa tercedera teruk sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 malam hari kejadian oleh jururawat bertugas.

Lelaki maut Terperangkap Bawah Papak Konkrit
Kredit: cbs2NY via The Mirror

Detik-detik sebelum mangsa maut terperangkap bawah konkrit

“Hanya huru-hara. Hanya orang menjerit. Saya segera menghubungi 911. Dan sekitar 20 minit kemudian saya mendengar jeritan lagi.

“Saya rasa dia berkara ‘lepaskan saya‘ malah seleapas itu saya tidak mendengarkan apa-apa lagi,” kata saksi kejadian.

Dalam masa sama, difahamkan keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan juga turut menghalang pihak polis untuk memasuki bangunan tersebut.

Menurut Jabatan Polis Sea Isle, bangunan tersebut mempunyai kesan retakan yang ketara.

Bagaimanapun pihak polis (penyelamat) berjaya menstabilkan baki balkoni serta memotong rangka konkrit berkenaan menggunakan peralatan khas.

Mangsa ketika itu berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan balkoni berkenaan dengan bantuan beg udara angkat berat oleh pasukan penyelamat.

Bagaimanapun punca kejadian kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Lelaki maut Terperangkap Bawah Papak Konkrit
Kredit: cbs2NY via The Mirror

OKU terperangkap dalam kebakaran

Dalam pada itu, berlaku satu kemalangan hampir serupa melibatkan seorang individu kurang upaya (OKU) yang dilapor meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Sunset, San Fransisco awal bulan itu, mayat OKU berkenaan ditemui di sebuah rumah yang terbakar akibat letupan.

Insiden letupan itu sempat dirakam melalui lensa kamera litar tertutup (CCTV) tidak jauh dari situ sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Tidak hanya itu, malah letupan berkenaan dikatakan menggegarkan seluruh kawasan kejiranan hingga beberapa kediaman berhampiran terjejas (akibat impaknya).

Melihat kepada rakaman CCTV, video menunjukkan bangunan tersebut terbakar sekelip mata dengan kepulan asap yang merebak di udara.

Bagaimanapun semasa siasatan dilakukan, pihak berkuasa menemui bukti yang dipercayai melibatkan aktiviti pembuatan bahan narkotik haram.

Justeru pada keesokannya, pihak polis menahan seorang penghuni bangunan berkenaan yang disyaki sebagai suspek kejadian.

Suspek ditahan atas tuduhan membunuh tanpa sengaja, disyaki terlibat aktiviti pembuatan narkotik dan membahayakan kanak-kanak.

Sumber: The Mirror

 

The post Lelaki Maut Terperangkap Bawah Slab Konkrit Lima Tan Selama Tujuh Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*