Bawa bayi 5 bulan pergi ‘hiking’, warganet cakap tak kena tempat pergi

Bila waktu cuti, banyak tempat menarik boleh dikunjungi keluarga untuk aktiviti riadah tak lupa juga untuk bawa anak bersama.

Seperti pemilik video TikTok, @syareelizamali ini yang terkejut apabila terjumpa pasangan yang membawa bayi berusia lima bulan ketika sedang memanjat Bukit Gasing.

Bapa yang sedang mendukung bayi itu juga dilihat tidak menggunakan baby carrier ketika mendaki.

@syareelizamali

Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp

♬ original sound – SIA – SIA

“Kalau setakat budak budak kecil tu biasalah Abam jumpa ibu bapa mereka bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawanya.

“Tabik springlah satu family ni. Mak dia dah lepas ke atas dah, gilir-gilir dukung baby (anak),” ujar pemilik video pada kapsyen.

Namun warganet meluahkan rasa tidak senang hati kerana pasangan tersebut membawa bayi masuk ke dalam hutan.

“Hmmm kalau pakai baby wrap ok sikit, risau tergelincir ke apa,” komen @Jkjkjk.

“Minta-minta bayi tu selamat tak ada apa terjadi. Orang tua dulu cakap yang bayi ni mengutip (makhluk halus). So semoga selamat,” ujar @Mrszz Mimie

Baca juga: Teka teki KWSP dibawa dalam Belanjawan 2023 terjawab, ini penegasan kali kedua PM Anwar

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*