Bayi Dua Bulan Dibawa Lari Cimpanzi Ke Dalam Semak, Ditemui Maut Dengan Kecederaan Parah

bayi dua bulan cimpanzi

Bayi Dua Bulan Dibawa Lari Cimpanzi Ke Dalam Semak, Ditemui Maut Dengan Kecederaan Parah

Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut selepas diserang dan dibawa lari oleh seekor cimpanzi di Karuswiga, bandar Muhorro, Uganda,  lapor The Independent.

Bayi perempuan itu dilaporkan telah diserang oleh cimpanzi itu pada petang Isnin yang lalu ketika sedang digendong oleh ibunya.

Wanita itu dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menuai ubi kayu apabila cimpanzi itu muncul dari kawasan semak berhampiran.

Cimpanzi itu kemudiannya telah bertindak merampas bayi daripada pelukan ibunya sebelum melarikannya masuk ke dalam kawasan semak.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Susulan daripada itu, wanita tersebut segera membuat bising bagi menarik perhatian penduduk untuk mengejar cimpanzi tersebut.

Penduduk kemudian mendapati bayi itu telah dibuang oleh cimpanzi di kawasan semak berhampiran dengan kecederaan parah di bahagian kepala, mulut dan dada.

Bapa bayi tersebut berkata, bayi itu telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Kagadi untuk mendapatkan rawatan perubatan, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudiannya.

Bapa bayi itu juga telah merayu kepada Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) untuk masuk campur dan menempatkan semula cimpanzi itu dengan segera. Dia juga berharap untuk diberikan pampasan berikutan kehilangan nyawa bayinya itu.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk dan serius

Dr Julius Birungi dari Kesihatan Komuniti Kagadi berkata bahawa kecederaan yang disebabkan cimpanzi itu adalah teruk.

Beliau telah mengesyorkan supaya kanak-kanak itu dirujuk ke Mulago untuk rawatan lanjut namun ibu bapanya menolak kerana tidak mempunyai wang untuk pengangkutan.

Penduduk di kawasan itu telah bertindak mengkritik UWA kerana tidak melakukan sebarang tindakan walaupun telah beberapa kali penduduk diserang oleh cimpanzi.

Walaupun beberapa rayuan dibuat kepada UWA untuk mengawal haiwan itu daripada menyerang penduduk, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

Wilson Amanyirwe, orang yang bertanggungjawab di UWA sub-rantau Bunyoro berkata bahawa rancangan sedang dijalankan untuk mengawal haiwan itu daripada mengganas.

Beliau bagaimanapun telah melarang orang ramai supaya berhenti mengganggu dan menakut-nakutkan haiwan itu apabila mereka sesat ke dalam komuniti masyarakat.

Sebaliknya maklumkan kepada UWA jika terdapat kejadian pencerobohan daripada haiwan tersebut.

Serangan cimpanzi terhadap masyarakat di kawasan itu semakin berleluasa. Pada Jun 2022 lalu, seorang budak lelaki berusia lima tahun telah diserang dan dicederakan oleh seekor cimpanzi.

Cimpanzi itu telah menangkap kanak-kanak itu ketika dia dalam perjalanan pulang bersama sekumpulan wanita dan kanak-kanak lain selepas mengambil air.

Sumber: The Independent

The post Bayi Dua Bulan Dibawa Lari Cimpanzi Ke Dalam Semak, Ditemui Maut Dengan Kecederaan Parah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*