Bekas Pengadil FIFA, Subkhiddin Jelaskan Insiden Penalti & Kad Merah Skuad Kebangsaan Adalah Benar

 

Subkhiddin jelaskan insiden penalti dan kad merah skuad kebangsaan adalah benar

Bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh memperjelaskan bahawa terdapat dua kebarangkalian yang berlaku dalam insiden kad merah dan penalti yang melibatkan skuad Harimau Malaya pada perlawanan malam ini.

Penjelasan Subkhiddin itu dibuat semasa temu bual Astro Arena selepas tamat 90 minit tempoh perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Kebangsaan My Dinh Hanoi, Vietnam malam ini.

Menurut Subkhiddin, undang-undang FIFA menyatakan jika insiden tersebut berlaku di luar padang permainan dan berhampiran dengan kawasan penalti semasa permainan masih diteruskan maka permainan perlu dimulakan dengan sepakan penalti.

Kata Subkhiddin lagi, insiden yang dimulakan dengan tolakan daripada pemain pasukan Vietnam itu mungkin telah berlaku tindak balas oleh pemain Azam Azmi maka kad merah perlu diberikan.

“Dilihat dari video yang kurang jelas, kesalahan pertama dilakukan oleh pemain pasukan Vietnam. Maklumat utama perlu diberitahu kepada pengadil adalah kesalahan dilakukan oleh pemain Vietnam, kemudian berlaku tindak balas oleh pemain Malaysia.

“Kalau berlaku tindak balas tersebut maka kad merah boleh diberikan, tetapi permainan perlu dimulakan semula dengan sepakan percuma kerana tolakan yang diberikan oleh pemain Vietnam.

“Insiden selepas itu barulah boleh diberikan kad merah kepada pemain Malaysia jika benar dia ada membuat tindak balas kepada pemain Vietnam tersebut,” kata Subkhiddin apabila diminta untuk mengulas tindakan pengadil daripada Jepun tersebut.

Subkhiddin turut memberi pandangan beliau bahawa, pengadil perlawanan pada malam ini mungkin telah terlepas pandang dengan insiden pertama tolakan pemain Vietnam tersebut.

“Jika insiden pertama tersebut tidak diambil kira maka keputusan untuk memberi sepakan penalti tersebut adalah betul mengikut peraturan perlawanan,” sambung Subkhiddin lagi.

Sumber: Astro Arena

BACA: Ronaldo Dapat Hadiah Rolls Royce Daripada Pasangannya Sempena Krismas

The post Bekas Pengadil FIFA, Subkhiddin Jelaskan Insiden Penalti & Kad Merah Skuad Kebangsaan Adalah Benar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*