“Dia tak mahu semua itu,” Diana Tolak Tawaran Farid Kamil, Hanya Mahu Cerai Cara Baik

Diana mahu cerai

“Dia tak mahu semua itu,” Diana Tolak Tawaran Farid Kamil, Hanya Mahu Cerai Cara Baik

Diana Danielle dilaporkan telah menolak tawaran pendamaian ditawarkan Farid Kamil yang membabitkan aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.

Memetik Astro Awani, perkara itu telah disahkan sendiri oleh peguam syarie yang mewakili pelakon tersebut, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Menurut Akberdin, anak guamnya itu telah bertekad untuk menamatkan perkahwinannya bersama Farid Kamil, 42, yang juga seorang pelakon.

“Diana tak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak. Dan dia mahu bercerai cara baik.

“Diana juga tidak ada masalah sekiranya Farid mahu berjumpa dengan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Farid Kamil telah mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana Danielle yang melibatkan aset.

Ia juga termasuk barang kemas, bayaran pendahuluan nafkah yang berjumlah RM319,700.

Tawaran itu dibuat agar dapat melembutkan hati Diana untuk menarik balik tuntutan perceraian antara mereka demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka.

Farid telah menawarkan aset berupa sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran semula tiket umrah kepada Diana.

Tambah Akberdin, Diana hanya mahu menyelesaikan urusan perceraiannya dengan baik. Selain itu, dia juga akan membenarkan anak-anaknya untuk beraya bersama dengan bapanya itu.

Anak-anak masih dibenarkan beraya bersama Farid

“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk raya ini. Dia mengatakan tiada masalah.

“Jadi sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak dan sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah selama beberapa hari.

“Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal itu dan bersetuju untuk bercerai selepas itu, dia tidak mahu kembali hidup semula.

“Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya juga sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam semalam,” katanya.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Bertanya lanjut berkenaan ketidakhadiran Diana ke prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah pada pagi tadi, Akberdin berkata perkara itu telah dimaklumkan pada peguam Farid.

“Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan.

“Saya pun sudah berhubung dengan peguamnya dan kami berbincang mengenai terma-terma. Saya menguruskan perkara itu bersama peguamnya.

“Semalam pun saya sudah maklumkan pada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak akan hadir. Saya sudah memberitahu terma-terma untuk menyelesaikan secara baik.

“Tapi saya tak boleh memaklumkan mengenai terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini atau esok,” katanya.

Menurut Akberdin, pihaknya juga telah bersepakat mahu menyelesaikan perkara itu secara global. Termasuk segala urusan nafkah bagi dua anak-anak mereka.

Farid dan Diana seterusnya akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 30 Mei depan.

Sumber: Astro Awani

The post “Dia tak mahu semua itu,” Diana Tolak Tawaran Farid Kamil, Hanya Mahu Cerai Cara Baik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*